Monday, May 11, 2009

fitrahNya, muda dahulu sebelum tua:

tajuk tu je dah buat aku bayangkan macam-macam bende..xsalah rasenya kalau aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat..erm.. briefly, 2 adalah tajuk ceramah yang di'organized' secara suksesnye oleh penduduk2 kampung aku..hmmm..jom, yg mane baik,eloklah disampaikan~


kenapa hari ini orang muda bermasam muka dengan orang tua? dan yang tua hanya bijak mengkritik perangai kurang sopannya anak muda..? kalau lalu berselisih bahu, yang muda sekadar memandang sepi tanpa sapaan sedang yang tua membawa khabar si polan dan si polan tidak menyapanya waktu berjumpa ditengah jalan. hebah 1 kedai kopi mengata anak si polan dan si polan sombong, xtahu hormat orang tua dan bermacam lagi. dan yang muda sibuk mengira perangai si tua yang sudah xsedar diri.. jumpa dijalan memasamkan muka..haila~ bukan salah yang muda mahupun yang tua kerna fitrahNya, muda dahulu sebelum tua.

kudratnya kuat berbanding si tua. kalau diberi sehari untuk menyepak bola dipadang, semuanya tiada masalah bagi yang muda. lain pula bagi yang tua. kata ustaz yang memberi ceramah..orang muda ni samalah kalau nak diibaratkan bagai pelita. cantik dan elok dipandangan..gambaran bagi kudrat yang sihat. minyaknya minta diisi oleh si tuan pelita. begitulah ilmu yang diperlukan oleh simuda untuk menyalakan cahaya yang elok dan cantik..tapi syangnya, sumbunya pendek dan menghitam saban hari. itulah yang diibaratkan dengan akal dan buah fikiran si muda. hebat luarannya, tapi sumbunya pendek. memerlukan sokongan agar sumbu itu kekal cantik dan membantu menghadirkan cahaya yang cantik. siapa tuannya?? pastilah situa yang suatu ketika dahulu pernah rasa mudanya umur kerana fitrahNya, muda dahulu sebelum tua.

yang situa sibuk mengira anak siapa yang xmuncul saat khutbah jumaat dan ceramah agama dijalankan. mula mencari keburukan yang muda dengan mengatakan anak muda zaman kini sudah tidak seperti anak muda zaman dahulu..?apa bezakah anak muda zaman dahulu dengan anak muda zaman sekarang?? mari kita lihat.....situa yang dahulunya muda, sanggup beratur panjang untuk membeli tiket wayang pacak..sanggup berjalan dalam gelap hanya dengan berpaksikan andang api..yang wanitanya lain pula cerita..mereka membezakan dengan simuda hari ini.. merempit dan entah apa gejala tak sihat?mungkinkah teknologi yang hidup hari ini membuatkan anak muda hari ini terlalu dihebohkan gejala mereka walaupun yang tercelanya hanya sedikit? apakah perkara yang sama akan berlaku kalau zaman situa ketika mudanya dahulu juga punya teknologi yang serupa??jangan persalahkan yang muda kerana fitrahNya, muda dahulu sebelum tua.

yang muda katanya mengikut peredaran zaman. tak cool katanya kalau berpakaian sopan dipandangan situa... ketinggalan zaman katanya kalau emak,ayah,atok dan nenek menegur sedikit. tak sedarkah mereka..??fesyen yang diagungkan hari ini bakal diperlekehkan oleh cucu mereka pula nanti??apa pula alasan yang bakal diberi oleh cucu cicit mereka andai anak muda yang muda hari ini menjadi tua dimasa hadapan. bukan 'andai' , tapi itu sudah kepastian. masa untuk bergembira katanya di usia muda ni..benarkah??erm...biarlah mereka rasa kerana sudah fitrahNya, muda dahulu sebelum tua.

anak-anak muda tidak menyedari agaknya, situa yang ada diusia muda mereka bakal menjadi tauladan ketika mereka tua kelak. yang tua hari ini tidak sedar agaknya, bagaimana silapnya juga mereka ketika muda dahulu. tuhan memanjangkan usia untuk manusia merasa zaman tua bukan kerana untuk bermegah-megah dgn apa yang dilakukan ketika muda...bukan juga untuk melagakan si muda hari ini dengan pandangan tua mereka. dan yang muda jangan terlalu bangga kerana hidup sebagai si muda. bersyukurlah kerana Tuhan mengizinkan anda merasa usia muda..dikurnia kudrat yang hebat. bayangkan kalau umur anda hanya diberi seminggu selepas dilahirkan?? perjuangan sebagai khalifah dibumi Allah perlu disempurnakan kerana sudah fitrahNya, muda dahulu sebelum tua....

anak muda kalau diberi sebidang tanah hari ni, pasti ini yang akan mereka lakukan...: menjualkan tanah agar dapat wang. dan wang yang diterima dibuat modal berniaga, berbelanja atau sebagainya. cuba pula tanah itu diberi kepada situa..pasti jawapan situa itu begini : banyak faedahnya kalau tanah yang dimiliki ditanam dengan pokok durian,mangga dan pelbagai jenis lagi kerabat buah-buahan yang lain. meski umur sudah 70 tahun, dan tahu...hasilnya mana mungkin dapat dirasai...untuk anak dan cucu kata mereka..hmmmm??dapat dilihat bagaimana fikirnya simuda dan situa..??begitulah fitrahNya, muda dahulu sebelum tua....

kesimpulannya, yang tua pernah menjadi muda dahulu..dan yang muda akan jadi tua dimasa akan datang. simuda yang kurang ilmu, perlu dilengkapkan dengan situa yang sudah terlebih dahulu merasa garam kehidupan. bukan kerjanya situa untuk mengkritik si muda dan bukan kerjanya simuda untuk angkuh dengan situa.Rasulullah sangat mengagumi golongan muda kerana golongan inilah yang sama berjuang bersama baginda dalam menegakkan Islam dan kerana benteng orang muda lah, baginda yang hampir tewas dalam peperangan Handak memperoleh kemenangan.baginda sangat mengagumi kudrat yang dimiliki golongan muda.Jika baginda begitu, tidak mampukah golongan tua hari ini memberi sedikit pujian pada si nuda jika beroleh sedikit pencapaian? hatta ketika simuda tersungkur,berikan kata semangat bukan caci hina yang diberikan kepada kudrat simuda yang kadangkala terasa penat.ya, tua dan muda sama memerlukan..ingatlah, sudah fitrahNya, muda dahulu sebelum tua...

yuppp, tu r antara isi ceramah tu..xdpt r aku nak bg bulat-bulat apa yang ustaz tu cakap..olahan ayat aku ni mintaklah difahami..xfaham tu, buat2 macam faham aje lah..hehehehe..bijak penceramah tu mengambil hati penduduk kampung aku. budak-budak muda kampung aku pon, tunjuk respons baik dgn ceramah tu.. bkn senang nak bg diorang tu lekat dengar ceramah2 macam ni..dan kaum yang berumur kat kampung aku pun, mula bersoseh-soseh sesama sendiri...paham sangat la tuh..apa yang ustaz tu cakap, dah macam terkena batang idung sendiri..huhuhu..ermmm, dan aku, mula terfikir..betapa besarnya kuasa Allah menjadikan manusia itu muda dahulu sebelum tua......

No comments:

Post a Comment