Saturday, December 7, 2013

Update Pukal

Salam.

Taadaaa! Mengerti kamu akan maksud pukal? kalau tak faham, baik lah pergi bukak kamus dewan. Aku memang suka benda pukal-pukal nih. Jimat dari segala segi. Jadi, untuk belog yang dh lama amat aku tinggalkan dia usang, maka aku mengambil keputusan untuk meng-update satu dua kes secara pukal/berkelompok. Senang cerita. All in one!

1. Pekerjaan itu satu ujian.
Ini ayat member aku dan aku sangat bersetuju. Bekerja itu amanah berat wehh. Kau makan gaji tapi cuba kau bayangkan kalau gaji yang kau dapat setiap hujung bulan tuh sebenarnya tidak setimpal dengan kerja yang kau lakukan. Boleh jatuh haram! Itu memang aku takut amat. Harap-harap segala rezeki yg aku terima tu berkat. Pekerjaan itu memang satu ujian. Ujian menguji rohani dan jasmani. Fizikal dan mental. 

Jadi, aku terapkan prinsip Jangan Mengeluh. Fikir orang yang bersusah payah mahukan pekerjaan. Aku sungguh beruntung. Tuhan kurniakan aku nikmat berupa pekerjaan kpd aku. Alhamdulillah.

2. 29th IIUM Convocation
Alhamdulillah. Penat lelah selama ini rasanya terbayar saat aku jalan lenggang-kangkung gaya Cik Tipah atas stage amik scroll pada tarikh 17 November 2013 harituh. Macam-macam rasa ade. Kemain ayu lagi naik stage. Senyum kemain cover lagi semata-mata mahu dapatkan pose yg paling menawan dan anggun. Puihh. Last2 gambar muka kite nampak oilyyyyy! Euww, abg cameraman tu tak edit ke gambar kite dulu sebelum print? *cehhh..padahal muka kau mmg dah type-type boleh goreng nugget tempura* yuckks! Angah dengan Mak yang masuk hall. 

Tengah happy-happy dlm hall, boleh pulak time intermission depa pasang lagu Allahyarham Sudirman, Ayah dan Ibu. Aku terus sentap. Eh, lupa nak cakap. sekarang aku memang kuat sentap. Al-maklumlah, gaya hidup dah berubah. Terus teringat arwah ayah. Sedih terus. Sebak. Ayah tak dapat tengok aku convo.

Al-Fatehah.

  *si poyo dan jubah saktinya*

Dibawah adalah antara gambar dari ribuan gambar yang telah diambil sebelum, pada dan selepas hari kejadian. Hantu gambar memang begini lah. 

 *si poyo yg gemuk. semakin gemuk dimasa kini. Makan beras 1st class agaknya*

IIUM in heart.

3. Perkahwinan
Bukan aku.Sepupu-sepupu aku. Coming soon is majlis perkahwinan sepupu kamcing kite. Sedih ahh. Lepas ni takde geng dah. Sadis hidup aku sekarang. Sudah lah jauh dari kawan-kawan baik, sepupu terbaik pula mahu lari tingglkan kite. Sobs. Hahaha. Eh, kan aku dah kata tadi, aku sekarang cepat sentap. Hormon agaknya.

Time wedding Siti K, sepupu aku sebelah mak last week.



Okeh. Itu je. Sekarang nak menaip memrlukan kegigihan extra. Bukan calang-calang gigih yg aku perlukan. Bye!

Monday, June 24, 2013

2 weeks ago.



2 minggu lepas adalah minggu-minggu ajaib bagikuh. Pheww! *lap peluh*

       1. Petronas Pam Station at Merlimau.
Terrible experienced that i ever had i guess (plus driving school. Heheh). Lasted only for  4 days. Ahh, kerja jadi cashier je shiema pun hooii!  I can’t stand dengan orang-orang yg langgar rules tapi die sibuk mengajar orang rules. ‘Orang-orang’ (plural oke) bukan orang.  Dan, aku simpulkan, bekerja dibawah satu bumbung dengan orang yg kau kenali adalah sangat tidak cool. Please peeps, try to avoid this. Please! Selepas bekerja 4 hari, 4 hari yg hari-hari adik kena dengar aku ngadu macam-macam*dan nanges jgk*, then, me decided utk berhenti. Bye! Bye petronas Merlimau.

       2. Got another interview session.
Itu cerita Khamis lepas. Its so sudden. Sebab aku baru apply that job seminggu sebelum tuh. By pos pulak tuh! Haha. Alhamdulillah, masih ada yang sudi untuk panggil aku interview. Dah pergi 2 interview sessions before, tp xde +ve feedback. Sangat berharap interview kali ini berjaya. Sangat.

     3. Cikgu sandaran.
Hari yg sama, lepas tamat interview tuh, pergi tgk World War Z dengan Angah. Time nak amik spek 3D, ade getaran jiwa dalam handbag. Hahaha. Aku kalau nombor-nombor office yg call ni, mulalah menggelabah semacam. Alhamdulillah, dapat phone called suruh melapor diri as cikgu sandaran/ganti dekat tadika JAIM. Lega, at least, aku dapat kerja yg aku minat even utk sementara je. Sebab, nak raya ni wehh! Gila kau, dah habis belajar tapi nak suruh mak tanggung baju raya lagi? Mestilah taknak weh. Sepatutnya, turn aku dah ni membeli utk keluarga plak. Tapi, apekandaya, belum ade rezeki lg. Huhuhu.

     4. Kembali ke gua.
 Blackberry gua rosak! Jadi, back to cave la shiema hoii! Errr, serius, kelabu hari-harikuh. Da worst part iz, dah la tgh pokai nak repair bb nih, pastu kena topup pulak wehh! Dah berapa lama aku tak topup nih. Tiba-tiba didalam keadaan pokai ini, aku kena membeli prepaid utk membuatkan handphone mak yg ku pinjam ini bernyawa. Ahhhh! Duit! Duit!

  5. Jerebu.
Oke, ini masalah umat sejagat. Kbai.

Thursday, June 6, 2013

belum sampai masanya lagi.



Jangan bimbang. Hari ini, sewaktu aku menulis entry ini, status aku sebagai seorang penganggur terhormat masih belum bertukar lagi. Status sebagai bini orang? Ouhh, yg itu lambaaattt lagik. Belum sampai masanya. Uhuk uhuk *batuk kecil dan comel* haha. 

Siapa pernah menganggur? Sila angkat tangan.
.
.
.
.
.
.
.


Aku angkat tangan tanpa ragu dan sangsi.

Siapa kata hidup sebagai seorang penganggur ni indah wehh? Hari-hari kau berperang dengan emosi. Emosi kalau pandai nak stabil takpe. Ini tak, pantang kalau orang tny bab kerja, mudah sahaja temperature badan nak naik. Apesal entah.  Pastu laju je nak sentap-sentap. Mak baru cakap sikit dah nak feeling-feeling kecik hati la, sedih la. Oh! So not me. Tapi title ‘penganggur’ tu bunyi macam nice gila duduk rumah goyang kaki, tapi kau tak tahu jiwa raga setengah mati berhempas pulas memikirkan mana nak bawak masa depan nih.

Celik je mata, automatic otak lajut berfikir. Agak-agak harini ada tak surat sampai rumah ke, ade company call ke, macam-macam lah! Handphone kau tak usah cerita la. Kalau makcik-makcik orthodox tengok pun, mesti korang dah jadi bahan umpatan ahli mesyuarat tingkap petang-petang. Mana taknya, sidai baju kat luar rumah pun akan aku pastikan handphone ada dalam poket.Punya lah aku risau kalau-kalau ada company mulia nak telefon aku panggil untuk interview. 

Sebabnya aku pernah ter-missed satu call. Menyesal tak sudah weh. Aku ade 12jam waktu siang, time 20minit yang aku pergi mandi tu jugak lah yg company tu nak call. 3 kali dia call. Dah aku dalam biik air, usahkan nak angkat telefon, telefon tu berbunyi pun aku tak dengar. Bermula dari situ, aku jadikan iktibar. Kalau time gila aku, mandi pun aku bawak handphone dalam bilik air. Tapi itu aku berani sumpah, aku buat kerja tu 2-3 hari lepas aku x angkat telefon company tuh. Punyalah aku takut. Sekarang tak lagi. Mungkin aku sudah boleh terima ketentuan. Kalau dah takde org nak call tu, takde jugak la, shiema hoii.  Hari-hari cek email. Tak cukup kat inbox, kat spam folder pun aku cek jugak. Email yang ‘Kak Lina’ Jobstreet tu hantar mmg hari-hari la aku scrolled down. Satu persatu aku tengok. Tak cukup email yahoo, gmail aku pun aku tengok satu satu. Kat Mudah.my, jobsdb pendek kata, kau ckp je la jenis web mcm mane pun psl jobs ni semua aku bedal.

Kadang-kadang mengeluh jugak weh. Jangan ikut aku. Sebab Tuhan tak suka kita mengeluh. Tapi, aku manusia biasa jgk. Hati ni sedikit sebanyak cemburu tengok kehidupan orang lain. Tengok depa senang je dapat kerja. Pasaipa? 

Pasal... rezeki Allah! Mungkin bukan masa yg sesuai lg untuk Allah kurniakan aku rezeki sebesar nih. Mungkin usaha aku belum cukup sempurna lagi atau mungkin jugak aku ada salah silap sesame manusia kat mana-mana sebab tu Allah holds dulu rezeki aku. Jadi, aku nak mohon maaf pada semua. Andai aku pernah tersilap samada sedar atau tak sedar yg aku dah buat. Semoga Allah sama-sama mengurniakan kita rezeki yg diberkati.

image from bing images



sekarang bising lah kau bosan duk rumah, sibuk nak kerja. esok-esok dah kerja, kau sibuk pulak nak duduk rumah. eerrr.. tu normal kan? normal kan?

Wednesday, May 8, 2013

hey ladies!

Salam. Kali ni entry lain macam sedikit. Mari kita lari sebentar dari hal-hal PRU13 yg semakin hari semakin jemu dan muak aku tengok. bukan muak sebab politik. Aku suka politik (dah aku study Science Politic kan) tapi aku muak dengan orang yang share membabi buta dalam laman sosial tuh. sakan depa kutuk sana kutuk sini. Bosan aiihhh.

So, tujuan entry kali ini adalah lebih kepada membantu kawan aku promosikan bisnes dia. Mahukan gaya lebih comel, korporat dan anggun? Nahhh.. silakan ke page:


Aku salah seorang penggemar tudung jenis begini. Adik-adik aku pun. So, mari lerr saya tunjukkan model-model terlampau yg sudah berpuas hati menggayakan tudung ini. 

adik saya menggayakan:
SaSa Paisely Scarf - Pure White
RM 23 only (excluding postage)

adik saya menggayakan:
SaSa Paisley Scarf - Light Yellow
RM23 (excluding postage)


SaSa Paisley Scarf - Pink
RM23 (excluding postage)


ini poyo. abaikan muka mintak penampo itu. mohon fokus pada tudung yg digayakan.

Silk Square Scarf - Green
RM23 (excluding postage)

Banyak sebab mengapa kiteorang suka tudung cenggini. 1. kami pemalas. lagi pemalas utk men-seterika pakaian. Lalu, inilah pilihan tepat sbb tudung ni kalau tak iron pun orang tak tahuu. HAHA. 2. Kemas dan senang digayakan. Perempuan ni jenis cerewet bab tudung. Cuba kalau tudung tu mcm karipap kat bahagian atas tuh, sah-sah satu hari moody. Nak pakai tudung ni pun tak amik masa yg lama. Tinggg! Taraaaaa.... dah siap. Haaa, gituhh. 3. Imej korporat. so, boleh lah feeling-feeling datins keluar shopping, feeling org-org kerja hebat pegi opis #ehh.  4. Harga berpatutan. ini seriuss tak tipu!

So duhai wanita-wanita dan gadis-gadis gojes, kalau berkenan dengan tudung-tudung begini, sudilah ke sasalicious's page di FB. Baaaanyaaakkkkk lagi design-design yg cantik-cantik. Model-model terlampau kat atas tu hny menggayakan 4 pasang sahaja dari tudung-tudung yg ada. 

Boleh jugak kalau nak contact terus dengan kawan saya nih;

Sa'idah Nafisah
FB: Sa'idah Nafisah Zahari
Twitter: @nerdynafiss
Instagram: sasaliciousss
Email: sasaliciousss@gmail.com



selamat menjadi cantik :) HAHA

Friday, April 26, 2013

Politikus.

Kerana pilihanraya, manusia gaduh sini-sana. aduhh la. semalam bukak wall fb lalu terjumpa akan satu post kawan aku nih. dan post itu mendapat repons yang hebat dan positif dari kenalan-kenalan kawan aku tuh, tidak kurang jugak yang memberikan komen-komen negatif. Budak-budak tuh dah gaya macam gaduh pun ade. tu kalau cakap face to face, mahu bertumbuk tu aku rasa. nasib baik la sekadar kat fb je. sekadar menaip. geram-geram pun paling koman, depa duk taip sambil gigit bibir je serta nafas turun naik sebab tahan marah. haaa gituhh.

banyak dah benda-benda tak bagus muncul disebabkan pilihanraya nih. Aku pun kadang-kadang rasa nak gelak bila baca komen-komen orang yang terlalu obses dengan parti nih. Apehal entah. baguslah ada semangat belonging dalam parti tuh, tp orang Malaysia ni kalau bab politik sensitip betul! tak boleh dicuit langsung. boleh melarat-larat. tak boleh ditegur langsung, nak meloncat saja. haihh. Malaysia ohh Malaysia.

benda yg aku tengok mcm satu trend politik sekarang ni adalah gejala tuduh-menuduh serta fitnah-memfitnah. Dulu, Malaysia tak adalah teruk macam ni. seriously! yang mejadi mangsa, adalah golongan anak-anak muda yang baru nak berjnak-jinak menjadi pengundi macam aku nih. nak pangkah yang ini, kang yang ini mcam ni pulak. Nak pilih yang itu, kang yang itu macam tu pulak. kesudahannya, diorang akan jadi antara dua nih. 1. undi atas pagar 2. tak turun mengundi.  haa, yang part tak turun mengundi yang paling x senonoh sekali. Aku klasifikasikan golongan yg tak nak turun mengundi nih adalah golongan rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab sekali. sungguh tidak beranggungjawab! sungguh! dah macam-macam jenis kempen dah. kalau jenis yang buat dunno je tuh, aku pun tak tahu dah nak cakap ape lagi. takde kesedaran. 

Hangat sekarang nih sana sini pasal politik, pilihanraya, video lucah, fitnah, bendera berkibar-kibar. Tugas kita (yg sudah layak mengundi) adalah turun mengundi pada hari kejadian, 5 MEI 2013. Kalau tanya aku undi siapa, aku jawab senang je. Aku undi tengok calon, bukan tengok parti! calon mana yang aku rasa paling layak untuk menjadi pemimpin aku, maka yang itulah yang akan aku undi. Tak kiralah dia bertanding atas tiket parti mana. Nilaikan mereka bukan sekadar tengok manifesto mereka je. Nilaikan sikap mereka, cara mereka bekerja serta nilai-nilai dia sebagai individu tuh. Buatlah kajian sikit pasal diorang nih. Jangan nak pemalas sangat.

nih, abang Mat dah siap buat video bg guidelines. :)




so,
Don't forget to cast your vote, peeps!

Thursday, April 25, 2013

18 y/o

hai kamu semua darlings sayangs muahhxx muahhxx! euwww. sumpah geli. harini rajin setelah semalam aku hampir putus asa dengan line internet aku. ahh, siapa kata teknologi nih memudahkan manusia? masih ingat lagi kata-kata izzati, member sekolah uia suatu ketika masa dahulu.: dalam dunia ni ade 2 benda yg complicated. 1. Lelaki  2. Teknologi.  hurmmm, boleh ngam kan falsafah zati nih? terima kasih zati. mana taknya, bila aku rajin nak update blog, line K.O  time aku malas hambooiiiihh kemain lajut lagik. *pasrah*

ouh, sebut tentang kawan, aku sekarang rindu zaman study. argghhh! oleh itu entry ni khas aku stori pasal geng-geng sekolah rendah dulu. ohmaii! sekolah rendah? seriously, now semua dah 23 and this year semua turn to 24 kecuali Mizi sibudak lompat sikatak lompat tuh. Mizi lompat. so, dia adik lagi. Tak matang. tapi in terms of kerjaya, budak kecik tu jgk lah yg paling mengancam sekali job dia tika ini.

harituh sengaja planning nak jumpa dekat kenduri kahwin Hawa. seronok gila ok! sebab, habes je sekolah rendah, semua lari bawak haluan. ade dua-tiga kerat je lah yg lepas sekolah rendah masuk sekolah menengah yg sama but, mostly semua lari jauh. haha. Lepastuh bile masing-masing dah duduk lain-lain sekolah ni dah memang payah la nak jumpa kan? eh, meh aku tunjuk sikit gambar budak-budak nih time majlis Hawa harituh.

barisan blkg dari kiri; kwn Padit, Padit, Zahar, Mizi, Daus, Aqim
barisan hadapan dari kiri: Raziah, Aishah, Wani dan daku.
credited to Padit. amik dr instag Padit. hehe :)


walaupun semua tak ada, tapi oklah kan. dapat jumpa balik diorang nih. tak cukup berborak dekat majlis Hawa, kiteorng sambung borak kat kedai jual coconut shake. al-maklumlah, sekarang Melaka panas bebenor kak hoii. 

banyak topik, tapi aku rase topik yg paling lama dibincangkan adalah isu perkahwinan serta pertunangan serta bf-gf. ouchh! scratchess i. mana taknya, sorang-sorang dah sebut dahhhh.. tak lama lagi, turn Daus pulak. Zahar dah ade calon, bile langsung tidak diketahui. tapi mmg aku jelah yg mcm loser bile budak-budak ni cerita hal-hal cmni. sambil dlm hati berkata, "takpe shiema, takpe..sabar" cess! budak-budak ni pulak mmg kaki bahan. duuuhh. eh, mcm la aku tak membahan diorng jugak kan? keh3.

Mama Aqim adalah guru bahasa inggeris kiteorang dulu. garangnya teacher Mariana tuh, sampai sekarang rasa seriau nak jumpa teacher. hehe. Tapi bila dah duduk borak bersama nih, terasa begitu dewasa sekali. lain dah style borak. dah style orang-orang matang dah. dah nak masuk 24 kutt! gila nak borak style sarkas lagi? HAHA. tapi, part membahan dan ketawa bagai nak pecah koklea telinga mendengar tuh maintain dari zaman sekolah lagi.

ramai tak dapat join sekali time nih. ada commitment lain. Insyaallah 1Jun ni kiteorang plan nak ke Grik,Perak. attend majlis kahwin Mira pulak kat sana. jauh kannnn?! haha. takpe, semua kepala masuk air, so mmg best lah!


18 years of friendship and still counting. Alhamdulillah :)

ouh. ini gambar 2 tahun lepas masa majlis berbuka puasa sama-sama. time nih, hampir semua ada kecuali 2-3 ketul umat yg sibuk .hehe :)






p/s: Al-fatihah buat allahyarhamah Syakilla. (salah seorang rakan kami) yang telah pergi. Semoga ruh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org beriman. Aamin.

Thursday, April 11, 2013

hihihi. hai!

salam evribadehh!



just wanna say :
HELLO, 'saya'!
hehehe..
*sila rujuk di chatbox disisi sebelah kanan belog ini*





haha. laughing like crazy reading it.
thanks 'saya'.



psstt! malu :p