Thursday, December 31, 2009

hanya bijak menghitung;)
sigh::::

2009
genap 20 tahun aku hidup dalam dunia nih. entah mane aku pergi, entah mane aku lari, aku pun xpasti. sejenak minda aku mula kenang tiap benda yang aku dah buat sepanjang hidup aku selama 20 tahun nih. bleh bagi air mata aku turun cm air hujan. dah 20 tahun aku berharap pada mak. Allah lebih sayangkan ayah dan aku hanya rase kasih sayang ayah hanya untuk jangka 13tahun 10bulan 4hari 13jam 2ominit(betapa aku sgt merindui ayah saat aku mencoret kata nih). selebihnya, mak lah hero dan heroin untok aku,angah,adeq ira and adeq ieqa. hah, i'm crying now.stop it pliz.

20tahun. aku bkn sentiasa disisi mak. masuk 13tahun, aku ke asrama..tamat sekolah menengah, aku ke matrikulasi dan kemudian hingga aku ke sini untuk teruskan perjuangan. entah bila mak menangis..malam hari agaknya bila semua adik2 dah tido. aku tiada disitu! saat mak nak kongsi rase dan perasaan, sekali lagi aku tiada disitu! dimana aku..?

20tahun. terkadang terpikir pulak aku akan kawan-kawan aku yang sudah bekerja. mereka sebaya je dgn aku. tiap bulan sudah punya pendapatan dan beri kepada orang tua mereka. aku? masih lagi mengharap pada mak. kejang rase mulut bila nak mintak duet sbb aku tahu, adeq-adeq lagi memerlukan. shiema, 20 tahun tu satu jangka masa yang sangat lama. 20 tahun!

20tahun. banyak cerita dah aku karang, banyak kisah dah aku cipta, banyak hati dah aku lukakan, banyak orang dah aku dustakan, banyak ragam dah aku lihatkan, banyak suara dah aku dengarkan.tapi masih kurang amalan yang aku kerjakan, masih kurang bakti yang aku curahkan, masih kurang pengorbanan yang aku berikan, masih kurang sayang yang aku kongsikan. ya, sudah 20tahun kisahnya!

20tahun. aku berhutang dgn ramai orang lagi mak dan ayah. akan langsaikah hutang aku pada mereka saat 20 tahun akan dtg?


2010
kedatangannya tidak lah kutunggu, tidak juga ku abaikan. menjelang tahun ke 21 kehidupan aku, harapnya semua yang baik sahaja mendatang. kalau tidak pun, kuatkanlah semangat ini untuk menempuh hari2 yang mendatang. insyaallah.



p/s: aku mahu yang terbaek buat semua..
harus lebih berusaha!!!
fighto!
^^


3 comments:

  1. yang pahit pastinya ada tersimpan manisnya... kesedihan pasti ada kegembiraan.. insan tersayang penguat keazaman..insyallah walau insan tersayang tiada di sini, namun dia tetap dihati setiap saat setiap detik ianya pasti..
    kite serupe....

    ReplyDelete