Friday, October 29, 2010

rompak bank ;/

malam.

petang yang panjang. having fun wif reena, ieda, kinah and nadia. sesekali lepaskan tension dkt court, bez jugak! cm biasak, dah mmg ditakdirkan kami ni suka bergambar..( gambar nanti-nanti lah aku update)..guna dslr baru reena. pheww~ mmg sakan habes ;) oke. tu bukan lah main point entry aku kali nih.

duet. wang. money. fulus atau yang sewaktu dengannya.



gambar sekadar hiasan.


sedang bergembira menikmati angin petang(hahaha..memang hiperbola. tipu lebih. mane ade angin tadi)..lagu hey soul sister berkumandang dengan hebat. handphone dakuuuu!! siapakah yg menghantar pesanan ringkas itu? spoil.haha..

"along, tpupkan adeq. celcom tau! 3 hengget pun xpe. tq along!"

bulpp! garu kepala aku. ayat berbunyi tq along tu dah menampakkan aku x boleh nak compromised langsung. pandai taktik adeq aku. siapalah yang kau ikut. duet memang sajak-sajak je aku bawak sekeping RM 10. tu mmg bajet boleh bertahan sampai esok tuh,jimat punya pasal. selesai tugasan (tugasan??!) di court, aku singgah di kiosk.

"kak, celcom rm 3 ade?"
kakak tu geleng.

"rm 5?"
kakak tu geleng lagi. haishhh..
"rm 10 je ade dik. nak??"
kakak tu pulak menjawab. tadi duk menggeleng aje. aku dah macam cicak tertelan kemenyan. giller nak topupkan adeq aku rm10?! aku pun berhutang rm2 dgn no rangkaian aku. alamat kalau aku topupkan adeq aku rm10, mahu puasa aku 3 hari..(lari bajet punya pasal)..

"hurm, xpe lah kak. terima kasih."
chow. xpayah tunggu lelama. kang lagi parah. tak pasal-pasal tgn tergatal nak amek benda lain kt dlm kiosk tu. free xpe gak!

*****************************************
sape penah hidup sbg student u/kolej ni, tahulah mcm mane sakit bila dah sampai hujung sem..(yg dah bekerja tp sempit gak tu, lain cerita ah..korang excluded!)..lagi-lagi kos makan je kalau dihitung complete set lunch ngan dinner tiada maknenya nak ckup rm10 satu hari. (itu kalau ikut harga katcampus aku ah..tang campus orang lain aku tak tahu plak..) itu belum lagi dikire tekak teringin nak makan itu lah, nak minum fresh oren ah, nak makan coklat ah, itula..inilah..macam-macam!

duet loan (ptptn holder cam aku nih) lagi la pulak. dapat cam aku, yang awal2 sem aje dah separuh habes. aku pelik gak la dengan sesetengah orang yang boleh beli mcm-mcm dgn duet loan tuh.. bak kata laen, memang mewah ahh membeli barang. camera, handphone, baju, seluar mmg toksah citer..ade yang sampai cukup nak buat duit muka beli motor lagi..pelik3..(bkn nak cakap aku xpnh guna lgsg duet tu ntok beli brg2..beli,mmg beli. tapi xsemewah cm orang lain ahh)..kalau korang kaya sangat, mcm mane kauorang boleh dpt loan eh? full plak tuh! pelik..

dah sampai hujung sem nih, mmg sakit lah..bukan aku sorang je yang mengadu. ramai dah. ye lah, nak mintak mak duit pun, dah naik tebal dah muka. walhal, kalau nk kira betul2, kos hidup kat sini, rm50 tu boleh langsai dlm masa 3 hari je..kau bayangkan lah..seminggu?? paleng koman pun kau belanje kan rm80. jimat pun, kau habes rm50 lah seminggu. mmg aku tabik springg la kat sesiapa yang berbelanja rm5o seminggu tuh. (bagitahu sikit,korang selalu makan kat cafe mane. pasni boleh aku serang cafe tuh) jimat habis korang! puasa lah hari2 pun, mmg habes rm 5o punya..oke, fine, kalau kau puasa dan berbuka meggi tomyam dan air water cooler mmg excluded lah dr kira-kira aku nih. mmg xkan habes rm20 pun seminggu..

lagilah waktu revision week. perut tu asyik la lapar. tekak tu segala benda terasa nak makan. mulut tu asyiklah nak mengunyah..see? terkemut-kemut lah kau kat situ. tak de sape nak kesah kalau kau kempunan pun. HAHAHA. duit..oh..duit..rasenya cashier kat cafe pun tak mampu nak kate apa kalau kau bayar guna duet syiling bila dah hujung-hujung ni. paham sangat dah..(so far, aku xpnh la plak nak bayar benjo rm1.20 dengan teh ais bungkus rm 1.30 guna duit syiling 100 % ann)..belum lagi...esok2 tak tahulah pulak..HAHA.

orang kata: carik lah part-time job..hah, entah celah mane lah aku nak menyempatkan diri dengan part-time job. dah class dr 8pg sampai 7mlm. bila nak buat part-time-job nye? malam? sudahh....nak carik duet, pelajaran terabai. (aku xkata lah korang yang keja part time tu pelajaran terabai..tak3..aku je..)..

kesimpulannya mudah: ni semua dugaan. HADAPI DENGAN SENYUMAN :) (cakap mmg senang lah..)

nota kaki: agak2 anak orang kaya tu berapa hinggit laa dorang berbelanja sehari eh? penah x anak orang kaya sponsor kawan-kawan die time dah hujung sem ni...??(*sigh*)

No comments:

Post a Comment