Thursday, October 28, 2010

sendu,syahdu

assalamualaikum

bace tajuk entry seakan sedih je ann? hurm, mmg pun. hentah. tiba-tiba hari ni semacam pula rase syahdu dan sayunya..(mungkin sbb dah penghujung sem ni..tensi studi lagi. tensi kira-kira dan hitung bajet lagi) so, mmg complete set lah! bergaya sungguh! itulah sebabnya mungkin hati ni macam dihiris-hiris(phewww~ayat bombastik). oke,straight to da point pliz!! oke, i do.

menghadirkan diri ke bilik dr. danial untuk sempurnakan tugasan (individual presentation).alhamdulillah, nk kata lancar, x..nak kata xlancar pun xjugak. oke lah. at least boleh la berpuas hati bilamana melihat sir angguk-angguk kepala, seakan bersetuju dengan pendapat aku. alhamdulillah. thanks sir 4 giving me this opportunity. such a great practice actually for me to enhance my communication skill..(zassss! macam syahdu ann?) sebelum ni asyik la mengeluh je. hurm, xbaik sungguh!

selesai tugasan, ditemani nadia dan im, pergilah aku men-photo-copy notes2 yg takdak dlm simpanan aku..almaklumlah, nak exam ni, baru teringat xde notes. walhal sblm ni dalam class berlagak cool je dgr lecturer berceramah kt depan..huhu. duet pun dah berjaya aku laburkan pada kiosk. beli segala alat tulis..(mcm sblm ni xpnh ade je ann? dah mcm bdk sekolah rendah plak..tiap kali nk exam, nak kena ada pensil,pemadam,pembaris dan pengasah pensil baru. aiseh, aku pun tak terkecuali jugak. tu lambang kehadiran semangat namanya..huahaha*)


dan kisah syahdu aku bermula dr sini sebenarnya..

duduk di bustop menunggu kehadiran bus uiam tersayang. nak balik mahallah berjalan kaki dgn berjalan kaki? ouh.bukan tak mahu, cuma ngada-ngada nak naik bus..tgk cuaca pun,panas semacam. dah ada kemudahan, apalah salahnya jika dimanfaatkan..huhu..jimat masa, jimat tenaga. simple! aku senyap. nadia pun senyap. xde sebarang topik nak dibualkan. mata dari tadi asyik memandang kenderaan-kenderaan yg lalu lalang. sibuk. tak lama lepas tuh, terdengar azan berkumandang. masa ni lah, tuuuuppp!! jiwa aku yg mcm taman ni bagai tersyahdu dengan suasana ketika itu.

alhamdulillah, masih diberi nikmat mendengar azan. dalam hati dah berkata-kata. syukurlah aku masih hidup dalam persekitaran yang begini. masih mampu mendengar azan disetiap tiba 5 waktunya. persekitaran dimana aku masih mampu menjawab dan memberi salam bila berjumpa dengan sesiapa. dalam erti kata lain, betapa aku bersyukur diberi nikmat keamanan begini. dengan lebik spesifiknya, betapa aku sepatutnya bersyukur diberi peluang untuk menuntut ilmu di sini. 2tahun dah aku jalani hidup sebagai student kat sini. dan berbaki 2 tahun saja lagi(insyaallah)..terfikir pulak kat hati, suatu hari nanti, semua ni akan aku tinggalkan untuk cabaran yang lebih hebat. hari ni, mungkin aku mengeluh dengan dugaan yg dijalani. tapi mungkin esok aku akan berterima kasih dengan dugaan tersebut, yg telah membuatkan aku jadi diri aku. mungkin hari ini aku asyik berteriak protes itu dan ini, dan mungkin esok, benda itulah yang membuatkan aku rindu.

suasan waktu tu sunyi lagi. hanya azan yang berkumandang., sambil hati menyahut pelahan kalimah suci itu.


syahdu bukan? sungguh. bagai mahu menitis airmata td. waktu tu lah mula mengenang. susah payah kehidupan kat sini, satu hari nanti ia bakal menjadi manis. yang pahit semuanya akan menjadi manis. kalau hari ini susah, mungkin esok aku akan senang dgn kesusahan yang aku lalui hari ni. syukur, alhamdulillah.











aku sayang uia..sob..sob..(tetiba sentimental pulak)huahua



oke. cukup lah hari bersentimental. esok2 sambung lagi..HAHA..

nota kaki: mmg sayang,walaupun kadang-kadang benci..bak kata orang, benci tapi sayang <3..

No comments:

Post a Comment