Monday, April 4, 2011

now, here we go..go..power rangers!!



salam 4 april 2011
sudah april dan aku sudah selesai menjawab 3 kertas peperiksaan akhir semester.
lagi 4 menanti.

meh2, nak share sikit beberapa keunikkan dan kepelikkan yang terdapat dalam campus kesayangan aku ni. mungkin takde kat campus lain. mungkin lahh! ape name campus kau??
.
.
uiam/iium/uia


1) mahallah (:
instead of using kolej kediaman, kolej or what so ever ever lah kan, kami kat sini memanggilnya dengan nama lain which is 'mahallah'. MAHAL-lah! ahaha..apakah mahallah tuh? mungkin harga makanan di cafe yg semakin mahal? ahaha.*lempang.sebab takde kaitan* mahallah tu boleh dikira membawa makna yang samalah dengan kolej kediaman a.k.a hostel..comel takk? chumel kan?kan. hah!

pelajar A: nak g mane weh?
pelajar B: nak balik mahallah.

(sounds perfect! sungguh berjiwa arab semua pelajar!)

2) kulliyyah [:
instead of using faculty, kami disini memanggilnye dengan nama lain which is 'kulliyyah'. sebagaimana contoh: kulliyyah of islamic revealed knowledge and human sciences, kulliyyah of engineering. no faculty. no facts. haha.

3) one-way road!
sila pusing 1 halaman uia selepas anda terlepas masuk satu simpang yang dihajati. pusing satu uia, ye! road tour sebab jalan uia ni sehala. tu yang membawa kearah banyaknye bumper3 makan kereta dalam uia nih. orang wat practice rempit dgn drift pun kat sini lah.. lagi2 bile muncul tengah malam. nah! vespa bernombor flat thailand pun macam terbang. jadi, ketika berada di uia, harap berhati-hati ketika hendak melintas jalan. tak usah pandang kiri kanan seperti yang disarankan. pandang dr satu arah sahaja. setelah pasti tiada pelesit jalanan, nak melintas gaya siput jalan pun takpe. insyaallah selamat.

4) brother/sister
seriously, mase mula jejak kaki kat CFS,iium dulu, terkejut aku. penggunaan brother and sister disini sangat2 jayanya. brotherhoodddd!!! tergeliat jugaklah lidah mase mula nak membiasakan diri tuh. dan sekarang sudah lancar!!! bohong tak lancar setelah bertahun bertapa kat sini. huhuw. instead of using penggunaan ayat spt 'kakak, tumpang tanya, kat mane toilet' , kami gunakan 'sist, ismahili..aina dauratulmiah??' pehh! tipu3..'sist' kat depan je guna. ayat kat belakang guna bahasa ibunda. huhu.

5) examination on weekends!
da most unique one! haha..sebab sekarang nih tengah mood final exam kan?! tambah pulak aku ade dua paper berderet pd hari sabtu dan ahad hari tuh. bukti kukuh lagi sahih bhw uia juga menjalakan peperiksaan akhir semester pada hujung minggu! rata-rata *pelik pulak* orang pelik.contonhnya,

bila saudara-mara, sahabat handai ajak hang out time weekend, kami akan menjawab.. 'tak bolehh! ade paper harini' dan saudara mara serta sahabat handai itu akan melaung serta menjerit sebigini 'hah???!!! paper hari ahad? lecturer ko takk cuti ke?' dan aku hanya sengih. kami pelajar uia dah biase. rocks,man!


revealed 5 je lah dulu..banyak lagi ni tau! next entry plak. nnt bile dah habes studi mesti rindu ann kat benda2 cmni?! SAYANG UIA!

No comments:

Post a Comment