Sunday, April 3, 2011

once upon a time..

sambung cepat! once upon a time..there was a girl who bla..bla..bla.. enough! enough! sekarang mula lah terkenang zaman mudi remaja. zaman-zaman gila fofular nak masuk semua pertandingan bercerita kan?! *aku tak segila fofular macam tu oke* HAHA.. kalau duk zaman sekolah rendah, macam takde masalah je kan?! masalah paleng besar pun asyik tak kawan dengan orang aje.hah! dasar budak hingusan. pastu nnt cikgu marah. pastu gila buat buat bising haruk pikuk dalam class mmg bagilah kat budak2 sekolah rendah nih. cikgu takde, nnt ade pengawas jaga kelas. tak kasi bising. pengawas plak tulis nama kat papan hitam nama2 budak2 yg bising. siap divide dua lagi. untuk nama lelaki dan perempuan! peh, lawak ann?! kalau fikir logik, apalah sangat tulis nama kat blackboard (dulu mase zaman aku, guna blackboard je.takde whiteboard2 nih. siap pakai kapur barus colour2 lagi)..hahaha. zaman sudah berubah! teeettt~ tetibe teringat kat ustaz brutal zaman sekolah rendah aku dolu2..yoww USTAZ JEFF!

dimanakah anda sekarang? saya sudah jadik orang! ahaha..selama ni, kau tak jadik orang ke..??!
kehadiran ustaz jeff kat sekolah tuh agak mengundang satu fenomena ah..dimana baru sekarang aku notice; betapa gediknye budak2 sekolah rendah dengan kehadiran cikgu muda dan single. wow! meletopp nyah! sekolah rendah dah pandai. aku dgn ustaz jeff??! wa baik dengan die, pasal arwah ayah baik dengan die.. FYI, die lah da 1st and only men yang panggil aku 'mah'..ahaha.. after that, mi panggil aku mah..dan bile masuk u ni, geng2 inani panggil aku mah. huhuw

at first aku berbulu sikit dengan ustaz jeff nih. die ajar pendidikan Islam time tuh. waktu die masuk mengajar sekolah tu pun, aku darjah 5. hampir satu kelass kena sebat dengan die..die siapp suh aku borong pembaris plastik kat koperasi sekolah lagi. nak sebat budak2 kelas kau punya pasal. die mmg sporting. habes punya sporting lah! satu benda lah, die suka gelakkan orang! haihh~

disuatu petang yang indah, sedang aku bersiap2 mahu pulang kerumah, aku dan ayah melihat ustaz jeff bersungguh2 mahu hidupkan enjin motor die tetapi tidak berjaya. moto die rosak! start dr situ ahh aku banyak mulut sikit dengan die, bila ayah pi bawak motor die ke bengkel dan ayah tinggalkan aku dengan die kat kantin sekolah. borak~borak~ borak~ sampai ayah datang semula. lepas tuh, hari2 aku sakai bantai borak ngn die. one thing lah, die ni suke memerli dan usik orang which yang aku tak suka, die suka kutuk aku! ahaha.. ustaz baek dengan ayah. so, aku pun terkena tempias sekali.


apsal tetibe cerita pasal ustaz jeff ek? ouh. mungkin haritu mak dok revealed name ustaz kat aku. tny ustaz stay kat mane sekarang. sumpah tak tahu! hurm..last aku jumpe ustaz mase hari pengebumian ayah. ustaz duduk lama kat rumah aku time tuh. time tuh aku br form 2.. ayat2 ustaz haritu sedikit sebanyak mmberi kesan kat aku. aku ingat sampai sekarang!! 'mah, ustaz tahu awak rapat dengan ayah awak. menangis tu harus. tp sekurang-kurangnye awak kena kuat untuk mak awak dan adik2 awak,". masa tuh, mmg ape yang die cakap sikit pun tak bagi kesan kat aku. hurm, lepas mak tny pasal ustaz tuh, aku decided carik FB ustaz..manelah tahu kut ustaz pun main fb macam orang lain. tapi tak jumpe lah! sob, sob, sob.. );

cerita die kahwin pun aku sekadar mendengar aje. kat mane eh ustaz sekarang?! sekurang-kurangnye boleh aku ucap terima kasih. 8 tahun dah. mcm mane ek rupe ustaz sekarang?! agak-agak kecik macam dulu tak? dah berapa anak? mengajar kat mane sekarang? haih XD.

ustaz jeefrey,
agak2 kalau saya buat iklan besar gabak macam iklan dr rozmey tuh, bleh tak jumpe ustaz?! ahaha..sekian, wassalam.

paleng tak boleh blah: kena bantai dengan ustaz dengan pembaris kuning panjang sebab ejek nama ayah ustaz! Hah!! history is a memory ;)

No comments:

Post a Comment