Wednesday, November 30, 2011

tolonglah upgrade!!



macam biasa, musim pre-registration dtg lagi.. musim dimana semua orang macam headache. tapi dah nak masuk pertengahan abad kat uia nih, pressure utk rebut courses tu still under control lagilah. kalau kau jadik budak 1st year, kau memang didiskriminasi secara terang-terangan. batch kau lah yang paleng lmbt sampai turn untuk pre-reg. what to do kan? yang 4th year skg pun pernah jadik 1st year gak dulu.. senang citer, semua pernah rase lah. time 1st year dulu, kau cm stress tengok sit untuk satu kelas tuh tinggal bape ketul je.. plan bagai nak rak, last-last, kau kene let go subjek impian. sedih bukan,? jadik bagi mereka yang masih dilevel 1, jangan khuatir. itu adat namanye. kakak-kakak serta abang-abangmu ni dulu merasa macam kauorang jugak(bajet dah senior ah tu kunun..hahahakkktuuuiii!!) TAPI, kau ingt dh level 4 ni tak ade mslh add subjek ke? ade..harus ade. cuma dah jadik matang sikit je..paling koman pun, nyumpah habis. kutuk berbakul. tu pun paling koman je lah. paleng tak koman, kau pikir sendiri.hahaha..

oke,oke,
standard pre-reg uia senang je. admin kuarkan date pre-reg ikut level, kuarkan jadual subjek yg di-offer utk di pre-reg, dan step akhir sekali, kau lakukan pre-reg dengan tenang dimana 'tenang' itu hnylah bersifat sementara. bukan hakiki. itu kenyataan pahit yg harus kau telan. mudah sahaja, plan lah untuk buat brapa jam kredit untuk coming sem. dengan siapa kau mahu belajar subjek itu? kelas diwaktu bile, semuanya ditentukan oleh student itu sendiri. sound interesting? masuk lah uia..

tadi aku pre-reg.
rileks, aku baru 3rd year..insyallah, sem depan baru naek 4th year. insyaallah. dan tadilah aku main cak-cak dengan jantung aku sendiri,time server demam kepialu! sakit jiwa betul. satu uia mengalami mslh yg sama, iaitu SERVER DOWN!!! ape kess lah kann?! aku pun tak paham. sume stress la..ape lagi??! nak dekat 15 minit menunggu. still xde progress. macam hampeh. semua gelabah habes dah. tapi aku cool. hahahaha. *cool ke?* server ni pun satu hal lah. tak tahu ke kiteorng ni kena rebut rembat kelas? tak tahu ke berapa ramai umat nak tangkap kelas tuh? tak tahukah ade yg sanggup ponteng kelas sebab nak pre-reg? tak tahu ke betapa lajutnye jantung berdegup time tuh? tak tahu ke??! takpe, SERVER MEMANG TAK TAHU!! sengal betul.

jadi?
jadi begitulah. aku dengan geng-geng yang lain berkampung kat EVOKE-I cafe. memang berkampung betul lah. siapp makan-makan lagi. serabut dan stress pun bersama-sama. finally, alhamdulillah, dapat jugak jalan kan tanggungjawab. kalau tak, siapa nak jawab??! so, jom tengok pic bawah nih:








nampak tak betapa stress nye kami? gambar takde caption sbb dh tak larat nak explain.haha. pasal mslh server nih, uia should do something lah! jangan time campus election je sibuk bermanifesto macam-macam. time ni lah korang ak tunjuk yang korang buat kerja dengan excellent. betul tak??

No comments:

Post a Comment