Friday, January 6, 2012

gemok (.)

salam.

Aku baru lepas dengar lagu Itu Ini Begitu Begini (Mirwana ft Altimet). Lagu ni memang awesome sampai aku terfikir, memang, setiap orang memang berbeza baik itu mahupun ini, baik begitu, mahupun begini.

siapa yang kenal aku, tahulah aku bagaimana orangnya. Kang bila cakap banyak-banyak, orang akan kata, "alah, tak payah nak rendah diri sangat lah, shiema". tapi, cuba ngkauorang duduk kat tempat aku? haha. stress oohh! dalam secantik-cantik bahasanya, aku bukan macam orang lain sebabnya... aku demok! eh tak, tak. angah selalu kata aku comel. Thanks, angah :)


Dulu aku selalu diam. Dalam erti kata lain, aku macam tebalkan telinga je bila orang kata; "uih, semangat anak dara kau ni, limah". takpun, "eh shiema, kau makan ape jadi besar macam nih". nampak tak? nampak tak? dulu, benda yang akan aku buat lepas dengar macam tuh, aku akan lari lajut-lajut masuk bilik, tengok cermin, pastu macam biasa ahh..ganti Fasha sendat jap jadi ratu air mata. siapa yang seangkatan dengan aku, sure faham perasaan aku. perasaan yang orang kurus dan ramping tak akan faham sampai bila-bila. serius. tapi mak dengan adik-adik aku paham.

Tapi tu dulu. zaman-zaman hingusan aku. sekarang aku dah malas nak bazirkan air mata sendiri. kalau engkauorang nak tahu;

1. Orang 'comel' macam aku sangat cepat terasa hati. mudah terasa. walhal, isunya kecik je. Tapi, obviously, diorang takkan tunjuk.

2. Percayalah, bila orang 'comel' senyum bila kau kata die demok/berisi/semangat/besar or whatsoever, die sebenarnya sedang menangis dalam hati.

3. Orang 'comel' ini akan berasa amat sensitip bila menemani orang ramping shopping. Perasaan amat rendah diri konpem tebal setebal lemk-lemak di badannya. ooppss! tapi aku tak. aku suka teman orang ramping shopping. it's kind of motivation, tahu?

4. Jangan obvious sangat suruh orang 'comel' diet. boleh jadi ia sangat menyakitkan hati bila dia sebelum ini sudah berusaha keras dengan diet, tapi tubuh seramping Rozita Che Wan hanya sekadar mimpi di dalam mimpi.

5. Orang 'comel' selalunya akan terlalu happy bila ada yang menegur, "eh, kau nampak kuruslah!". percayalah, walaupun itu hanya statement berbaur perlian, si 'comel' akan tersenyum simpul sambil berkata malu; "eh, mana ade". padahal, hati sikit punya gembira.

sekarang aku dah berani. tak macam dulu-dulu. kalau orang cakap macam tuh, aku akan jawap, "takpe, comel-comel janji sihat". takpun, "takpe, comel macam ni orang ingat kita senang hati". tapi, kalau standard makcikmakcik kepoh yang cakap, what to do kan? mulut aku tidaklah terlalu kurang beradab untuk jawap begitu. at least, aku akan senyum dan berkata dalam hati, 'terima kasihlah makcik sebab prihatin akan saya'.

Percayalah makcik-makcik, hati ini terlalu sedih dengan ayat kamu. harap anak-anak mahupun cucu-cucu kamu nanti janganlah ada kiranya yang 'comel' mcam aku. Jangan bagi mereka rasa apa yang orang seperti aku rasa sekarang.

apsal orang kecoh sangat ek? cantik sangat ke jadi kurus kalau perangai macam haram. ye, aku tidak boleh stereotype. bukan semua orang kurus begitu. tapi bukankah orang-orang demok seperti aku selalu sahaja di-stereotyped?? tak adillah kalau macam tuh.

amacam? 'comel' tak aku??


haha.
diam lah!

2 comments:

  1. takpe..comel selalunye nampak mude..yang ramping selalunye nampak lagik matured dari usia sebenar dieorang. This is fact. Trust me!
    (sebab Angah selalu kene camni...they never believe I already turned 30..hikhikhik)

    ReplyDelete
  2. hehehe..kan?kan? comel itu awesome! HAHA

    ReplyDelete