Tuesday, May 15, 2012

kisah gambar

salam.

semalam, kurang kerja. jadi terlebih-lebih masa untuk godeh2 gambar lama. senyum sorang-sorang serupa kerang busuk haku. tengok gambar-gambar sengal haku dan adik-adik gambar dengan member2 jenayah budak hingusan sekolah rendah. posing maut tak hingat bahawa dunia ni sebenarnya berpancaroba. hahaha. dulu kecik-kecik mana fikir lagi masalah-masalah nih. tahu makan, tido, mintak mak susu, mintak ayah duit belanja, makan jajan yang langsung tak sehat, lepak kat empangan masjid Sempang bila balik dari sekolah agama, lumba basikal kayuh laju-laju siapa sampai rumah dulu yang dah tentu dak Yazid akan sampai umah dulu sebab dah rumah die depan kubur walhal rumah aku kena naik bukit lagi. apee daaa~ oh, dak Yazid sekarang dah jadik askar. kawan lumba baskal yg lain adalah dak Azhar dengan dak Maria. pehh! zaman tu mmg awesome. habes sekolah pukul 6.30 tapi pukul 7suku baru sampai rumah lepas tu yadaaaaa! mak ngamuk dan time mandi kena smasheddd! oh Allah, betapa rindunya waktu tuh. :)

lepastuh, dah belek gambar sengal-sengal tuh, aku sedar akan sesuatu. tak banyak gambar dengan ayah :'(  aku tak ingat, tapi aku rasa ayah bukanlah orang yang suka bergambar. bila tny mak, mak kata tak pun. mungkin dulu mane de teknology sangat. zaman sekarang ni, hambek kau! gantung DSLR tuh dah macam gantung pe je. dh taraf buat-buat main dah. 

boleh dikire gambar ayah. banyak gambar ayah yang candid je, takde pun gambar yang penuh semua yang nampakkan muka handsome shah rukh khan ayah. ade, tapi sekeping dua sahaja. jadi, aku sedikit regret. 


penulis adalah kurus waktu ini. ini sahaja gambar kami adik beradik dengan ayah. rasanya, time ni aku berumur 9 tahun, angah 6 tahun, dan adik 3 tahun, time ni tempat kerja mak buat family day. mahu kau tak regret? separuh nafas dah aku tahan nih. hurmm! tengok album lama balik, gambar ayah dengan adik aku yang kembar tu byk sikit. mungkin time tuh dah advanced sikit kut. tapi gambar dengan aku, tak bnyk. jadi, lagi aku regret.

tapi takpe. takde gambar, tapi aku simpan baik-baik memori dengan ayah. cuma, ye lah kan. kadang-kadang bila dah rindu sangat tuh, nak jugalah kita yang gedik-gedik ni nak tengok lagi menatap gambar orang yang kita rindu. jadi, bila tak banyak gambar dengan orang itu, kau akan jadi lebih sayu. huhh! perasaan itu harus dibuang lajut2. tak baik untuk kesihatan.

naseb ade sekeping gambar pasport ayah ade dalam simpanan. mak smpan baik2 punya. dan -ve filem gambar tu ade lagi. jadik, aku dah cuci byk2 keping serta bagi kat adik-adik aku. yelah, kalau aku ade rasa nak tgk gambar ayah dikala rindu, macam tuh jugak diorang kan? memori aku dengan ayah selama 14 tahun sedang adik yang kembar, cuma mencipta memori & kenangan dengan ayah selama 8 tahun je. untuk budak kecik yg umo 8 tahun, apalah yg diorang mampu ingat sangat kan?tapi diorang kena selalu ingat, yang diorang ada ayah yang awesome. yang itu memang aku sentiasa ingat sampai waktu aku pun ikut ayah nanti.

No comments:

Post a Comment