Kerana pilihanraya, manusia gaduh
sini-sana. aduhh la. semalam bukak wall fb lalu terjumpa akan satu post
kawan aku nih. dan post itu mendapat repons yang hebat dan positif dari
kenalan-kenalan kawan aku tuh, tidak kurang jugak yang memberikan
komen-komen negatif. Budak-budak tuh dah gaya macam gaduh pun ade. tu
kalau cakap face to face, mahu bertumbuk tu aku rasa. nasib baik la
sekadar kat fb je. sekadar menaip. geram-geram pun paling koman, depa
duk taip sambil gigit bibir je serta nafas turun naik sebab tahan marah.
haaa gituhh.
banyak
dah benda-benda tak bagus muncul disebabkan pilihanraya nih. Aku pun
kadang-kadang rasa nak gelak bila baca komen-komen orang yang terlalu
obses dengan parti nih. Apehal entah. baguslah ada semangat belonging
dalam parti tuh, tp orang Malaysia ni kalau bab politik sensitip betul!
tak boleh dicuit langsung. boleh melarat-larat. tak boleh ditegur
langsung, nak meloncat saja. haihh. Malaysia ohh Malaysia.
benda
yg aku tengok mcm satu trend politik sekarang ni adalah gejala
tuduh-menuduh serta fitnah-memfitnah. Dulu, Malaysia tak adalah teruk
macam ni. seriously! yang mejadi mangsa, adalah golongan anak-anak muda
yang baru nak berjnak-jinak menjadi pengundi macam aku nih. nak pangkah
yang ini, kang yang ini mcam ni pulak. Nak pilih yang itu, kang yang itu
macam tu pulak. kesudahannya, diorang akan jadi antara dua nih. 1. undi atas pagar 2. tak turun mengundi.
haa, yang part tak turun mengundi yang paling x senonoh sekali. Aku
klasifikasikan golongan yg tak nak turun mengundi nih adalah golongan
rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab sekali. sungguh tidak
beranggungjawab! sungguh! dah macam-macam jenis kempen dah. kalau jenis
yang buat dunno je tuh, aku pun tak tahu dah nak cakap ape lagi. takde
kesedaran.
Hangat sekarang nih sana sini pasal politik, pilihanraya, video lucah, fitnah, bendera berkibar-kibar. Tugas kita (yg sudah layak mengundi) adalah turun mengundi pada hari kejadian, 5 MEI 2013. Kalau tanya aku undi siapa, aku jawab senang je. Aku undi tengok calon, bukan tengok parti!
calon mana yang aku rasa paling layak untuk menjadi pemimpin aku, maka
yang itulah yang akan aku undi. Tak kiralah dia bertanding atas tiket
parti mana. Nilaikan mereka bukan sekadar tengok manifesto mereka je.
Nilaikan sikap mereka, cara mereka bekerja serta nilai-nilai dia sebagai
individu tuh. Buatlah kajian sikit pasal diorang nih. Jangan nak
pemalas sangat.
nih, abang Mat dah siap buat video bg guidelines. :)
so,
Don't forget to cast your vote, peeps!
No comments:
Post a Comment