Friday, November 13, 2009

untuk [DIA] : sori sgt2..

untuk [DIA]..
sori sangat2 pasal saya ceritakan kisah [DIA] kat blog saya nih.

apa yang [DIA] ceritakan, semuanya saya faham. sebab kisah [DIA] sedikit sebanyak saya merasa apa yang [DIA] rasa. saya sangat faham!

kata [DIA], dia sunyi sebab kawan-kawan [DIA] skng dah lari dari [DIA]. [DIA] sendiri tak paham dengan letak watak serta bunyi bicara kwan-kawan [DIA] sekarang. semuanya pulaukan [DIA]. kasihan [DIA]. hajat nak bersama dengan kawan-kawan hingga penamat semester, macam dah kabur. kawan-kawan [DIA] sangat2 kejam. kata [DIA] lagi, [DIA] akan ingat sampai bila-bila atas apa yang berlaku pada [DIA] skng. hampir 4tahun bersama, bukan suatu empoh masa yang sekejap. pernah bersusah payah dan senang bersama. sesiapa sahaja boleh menangis bila mengenangkan sahabat yang disayangi pergi macam tu sahaja. tak tahu mana puncanya, si kawan tuh hilang saat perjuangan hampir ke garisan penamat. banyak lagi yang [DIA] ceritakan pada saya. biarlah itu jadi rahsia saya dengan [DIA].

dengan kisah [DIA], buatkan saya terfikir. minta dijauhkan semuanya dari terjadi kepada saya. apa fungsinya kawan-kawan disisi kita? sila jawab dengan jujur. ..

ya, semua tahu, pentingnya KAWAN itu. yup, teringat sewaktu disekolah dahulu bila guru bahasa melayu mengutarakan soalan; apakah perbezaan antara TEMAN, KAWAN, RAKAN dan SAHABAT? boleh anda bezakan? anda dimana..? harap2 nya diposisi yang anda rasakan anda berhak mengaku saat ini.

teman;
sekadar peneman bila kita ketakutan, waima ketika kita minta dia bersama kita untuk melakukan satu tindakan. ya, sekadar peneman sahaja.

rakan;
rakan sekerja, rakan sekelas etc..rakan? lingkupnya besar. jika hanya berjumpa diluar, kita hanya mampu berkata; 'ey!dia tu rakan saya'

kawan;
lingkungan yang ramai. letaknya sedikit special dari posisi rakan. mungkin serba sedikit kita tahu tentangnya.

sahabat;
indahnya jika kita punya sahabat yang mengenali erti sahabat sebenar. sahabat; bezanya sahabat dengan kawan. serba-serbi tentangnya kita tahu. segalanya kita faham. kesukaannya, kegemarannya waima kebenciannya. itu sahabat! bile kita merasakan dialah pelengkap kegembiraan kita dan dialah teman senyum kita saat kita perlukan kekuatan bila ditimpa kesusahan. SAHABAT! indahnya jika kita memahami prinsip itu.

mungkin lain bagi pandangan anda tentang 4perkara ini. tapi, itu yg diberitahu guru saya. tak ramai yang mencuba untuk menjadi sahabat tapi sebaliknya ramai yang mengaku sipolan dan sipolan itu kawan mereka; teman mereka; dan juga rakan mereka. begitulah, sahabat juga yang paling hebat tempatnya dihati. cuba tanya diri sendiri. betul tak? berapa ramai kawan yang memahami kita? wajar mereka diangkat sebagai sahabat.jangan mensia-siakan setiap insan yang berada disekeliling anda saat ini. pasti suatu hari nanti, kita akan mengakui, pentingnya mereka dalam hidup kita.
betullah kan,
kita akan menghargai akan sesuatu hal bila kita sudah kehilangannya..

jgn lakukan begitu terhadap sahabat anda.



untuk sahabat saya yang hebat;

THANKS, guys!!!luv u damn much xoxo



No comments:

Post a Comment