Monday, August 30, 2010

wahai si langit biru....

wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
kirimkan salam sayang aku kepadanya.
mohon berkat dan restu darinya.
mohon doa sejahtera darinya.
wahai si lagit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
katakan padanya aku merinduinya.
khabarkan padanya aku mengharap.
beritahu padanya aku mahukan dia disini
sentiasa disisi menemani.
setiap hari yang aku lalui ini.

wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
lindungi aku dengan restunya.
limpahi aku dengan kasih sayangnya.
pinjamkan aku semangat juangnya.
gembirakan aku dengan kenangannya.
bahagiakan aku dengan pekertinya.
selamatkan aku dengan doanya.
pinjamkan aku semangatnya.
sinari aku dengan senyumannya.
wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
sungguh aku rindu untuk memanggilnya.
sungguh aku rindu dengan gurau sendanya.
sungguh aku rindu dengan peluk ciumnya.
sungguh aku rindu dengan tingkahnya.
sungguh aku rindu dengan sokongannya.
sungguh aku rindu dengan senyumannya.

wahai si langit biru,
aku sungguh merinduinya.

wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
mohon aku diberi kekuatan,
melakukan yang terbaik bagi membanggakannya.
melakukan yang terbaik bagi menggembirakannya.
melakukan yang terbaik bagi membahagiakannya.
wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
menyusun jari memohon maaf.
pohon ampun atas dosa yang dilakukan.
khilaf yang tidak disengajakan.
tanggungjawab yang masih belum disempurnakan.
amanah yang masih belum dilaksanakan.
janji yang masih belum dikotakan.
diri yang kadang melupakan.
hati yang kadang menolak kenyataan.
jiwa yang kadang menafikan.

wahai si langit biru,
kehadirannya disini hari ini selalu aku harapkan.
walau aku tahu ianya tak mungkin menjadi kenyataan.
hadir memeluk aku memberi ketenangan.
menggembirakan aku di saat aku kesedihan.
sentiasa di sisi menyuntik keyakinan.
bersama dengan aku seperti yang aku harapkan.

wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.
setiap langkah dan pergerakkan ku.
nama dan wajahnya sentiasa di hati ku.
senyumannya penyuntik semangat ku.
kesejahteraanya sentiasa dalam doa ku.
agar dia sentiasa tenang disitu.

wahai si langit biru,
sampaikan padanya bahawa aku rindu.
khabarkan padanya bahawa aku rindu.
katakan padanya bahawa aku rindu.

wahai si langit biru,
tolong sampaikan salam rindu aku padanya.

No comments:

Post a Comment