Wednesday, November 3, 2010

jampi lulus peperiksaan ;)

salam.. boring-boring, bengang-bengang dan sengal2, telah membuatkan aku secara tak sengaja mengkhatamkan novel "Baju Pengantin Mak Andam" muahaha..memang tersengih-sengih sensorang aku dibuatnye..bez! dr 5 bintang, aku bagi 11 bintang! (eh2,pesal terlebih?)..sukahati la labu.ini blog hambe :) ngehehe..tapi ann, ko punye tajuk entry mcm lari dari jauh plak..mengapakah? baiklah, bukan novel itu yang nak diulaskan..wah3..tp ketika mengemas meja aku yang sangat mengancam nih, terselak lah akan aku majalah SOLUSI yg mcm dah lame jugak aku beli..(aik?! mcm xhabes bace je lagi..oke,mmg pun.)..oke sebelum tu, aku nak promote sikit majalah ni. bez! mmg sgt bez! kalau novel tadi aku bg 11 bintang,tp majalah ni aku bagi semua bintang yg ade kat langit tuh(pheww..mmg hiperbola..)..magazine ni mmg menyuntik semangat la wa cakap sama lu. fokus majalah ni pun tang motivasi & fardhu ain. .dari kau beli majalah mangga,HAI, mastika segala tuh,lebih baik la beli majalah ni. harga?! erm,mmg mahal sikit lah. ala, tgk isi la beb..takkan nk samakan dengan isi2 majalah hiburan ann?harga utk semanjung RM9.00..yg kat sabah sarawak,RM 11.00..xpayah kau risau.ilmu yang kau dapat,lagi penting dari duit yang kau labur..

**********************************************

ade satu artikel yg menarik minat aku utk dikongsikan. lagi-lagi mcm kena plak dgn timing final exam skrg nih..kalau aku dh letak citation nnt,dikire aku plagiarize jgk ke?! ha, xpe,,jp lagi aku letak citation sebijik mcm APA style..

SOLUSI: isu No. 24, edisi Panjangkan Usiaku: pg 107 (ruangan pesan nenek)^^

menurut tulisan penulis atau nenek ni pesan lebih kurang cmni ah: "nenek nasihatkan kelompok yang telah bersedia, jangan terlalu over confident lebih-lebih lagi angkuh dengan persediaan itu. Mungkin persediaan itu belum mencukupi atau mungkin dalam hal-hal tertentu masih ada yg belum begitu mantap. Maklumlah, setiap manusia ada blind spot masing-masing. maka cara yang terbaik adalah terus bersedia.

bagi mereka yg belum ataupun tidak bersedia pula, jangan berputus asa. tiada istilah terlambat, berusahalah sebaik mungkin. berputus asa ibarat gagal sebelum gagal. Percayalah walau masa sudah semakin singkat tetapi masih belum terlambat utk memulakan langkah. apa yg perlu adalah mulalah dari sekarang. Gunakanlah masa yg ada dgn bijak, insyaallah kita akan dapat mengejar semula apa yang telah tertinggal selama ini.


kita wajib meyakini bahawa Allah s.w.t mempunyai kuasa menetapkan apa sahaja terhadap usaha kita. kita wajib berusaha dan pada masa yang sama wajib juga meyakini bahawa Allah-lah yg memberi kesan terhadap segala-galanya.


jika berjaya dlm peperiksaan, ucapkanlah alhamdulillah (segala pujian bg Allah). janganlah berbangga dan merasakan kejayaan sepenuhnya datang dari usaha kita. ramai orang yang berjaya dalam pelajaran tetapi tidak berjaya dalam kehidupan. oleh sebab itu, kita masih perlu belajar dan memerlukan tunjuk ajar. sebaliknya jika gagal, sebutlah innalillah..(sesungguhnya semua datang daripada Allah). mungkin ada hikmahnya gagal sekarang, kerana ia jalan untuk diri memecutkan usaha dengan lebih baik.


nota kaki: oke, terima kasih nenek! terus mcm ada semangat nak study. apa-apa hal pun, tahniah la buat korang yg dah satel berpaper-paper dan padan muka lah pd korang yg masih menanti berpaper-paper. doa sama-sama moga usaha diberkati, perjalanan dilindungi dan moga impian nak dpt result gempak tu berjaya dikecapi. insyaallah~ AMIN..

saya yg dah sedar,

No comments:

Post a Comment