Monday, December 13, 2010

wink ;) ---> 1st day?!

salam.

lepas satu hari. hari2 lain? belum tahu. harap-harap semuanya oke ;) hidup sebagai seorang student memang bukan mudah. apatahlagi bila kau sebut kau itu seorang pelajar uia. konpem! semua yang dh pernah jadik dan sedang menjadi student uia pasti memahami kesakitan engkauorang. yg bukan student uia, mmg xrase..ngehehe..kut..agaknye kut laa..awal-awal pagi dah bangun, semangat baru lah katakan. ikut jadual yang aku buat, kelas aku hari isnin mula 11.30 pagi. (dah tuh?pe kesnye kau bangun pagi-pagi?)..sebab aku ada MISI!! aku nak mencoba meng'add' subjek secara manual sbb nak buat cara online, mmg tak ahh kan..semedang section closed.menci betul. .perkara pertama, serang ITD (information & technology department) --->download adjustment form.

telan air liur sebesar bongkah ais aku saat tiba kat ITD tuh. peh! macam ade fiesta la pulak. macam2 rupa manusia ade kat dalam tuh. tekun buat add-drop subjek. (ade je yg macam sengal pi bukak fb.agak2 ah der..kau tak payah laa nak buat orang lain panas. orang nak satel hal penting,kau bolehsenang-lenang tgk picture orang kat fb.sengih2 pastu ntah hape yg kau komen) .tak ke rasa macam nak hempuk je spesis orang camni?..panas betul hati aku! orang duk kelam-kabut print out form, confirmation slip n entah hape-hape lagi, kau boleh wt sarkas kau kat situ.. aisshh! oke,lupakan hal itu.




itd jam 9.00 pagi tadi. sesak!

kina, syud ngan aku masih teguh dengan niat murni. satel urusan kat ITD, kteorng gerak pi HS cafe. lepak jap kat situ sementara aku isi form yg mana patut. alkesah,jumpa faiz. hah?! siapa faiz??? member aku gak. kesian. lagi kesian kawan aku yang seorang nih. lagi rumit masalah dia! graduation audit dah bertukar..tak memasal die dah jadik student Benl. habes semua. muka die pun aku tgk dah kelat..terus tak jadik nak marah die..(marah atas sebab konspirasi die time vacation hari tuh)..xpe, aku dah cakap kat die, aku tangguh dulu. esok2 bile die dah kembali ke mood semulajadi, aku teruskan agenda aku..kesian..

macam-macam masalah yang aku dengar setiap kali bukak sem baru. no wonder admin bg time seminggu utk student satelkan ape-ape yg patut. itu pun entah cukup entah tidak untuk student yang banyak probs.

lastly,inilah subjek aku untuk semester nih:

1) poltical thought II
2) modern history of europe
3) the abbasid caliphate
4) islamic principles & practices for public administration
5) arabic level 4
6) event management skill
7) islamic ethics

syg uia ;)


p/s: sedang mencari tempat utk praktikal.. ade suggestion?!

2 comments: