Friday, January 7, 2011

istikharah


salam

hari jumaat yang indah. aku nak share sikit tentang solat istikharah ni. ramai yang silap faham.. kata solat istikharah ni boleh dibuat bila mana nak pilih pasangan hidup je.. bila yang perempuan tak tahu nak memilih lelaki mana yang sesuai buat mereka. bilamana lelaki hendak memilih calon isteri yang baik buat mereka. silap tuh. solat istikharah ni gunanya bukan unt memilih jodoh je. luas lagi skop solat istikharah ni sebenarnya. contohnya, bilamana kita harus membuat pilihan. dalam hidup ni, selalu je kita ni didatangi masalah unt membuat pilihan. kadang-kadang, untuk add subjek pun, kita ragu-ragu. betul ke pilihan aku ni? dan kadang-kadang, ade orang nak beli kereta pun, dok berfikir2..mane satu,ye??! nah..itulah fungsinya solat istikharah. dan ramai yang menganggap solat istikharah ni memperlihatkan masa depan. tidak3.. sebenarnya, solat istikharah ni sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjuk dr Allah dalam sesuatu perkara.

diriwayatkan oleh Ibni Sunni daripada Anas r.a. , bahawa Raulullah s.a.w telah bersabda, "Apabila kamu bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu meminta pilih (solat istikharah) daripada Allah sebanyak tujuh kali. selepas itu, lihatlah apa yang digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada pada yang mendahulukan."



lafaz niat solat istikharah:

"sahaja aku solat sunat istikharah, 2 rakaat kerana Allah ta'ala"


lagi tentang solat istikharah:

- sebaiknye ditunaikan pada 2/3 malam. tapi, boleh je kalau kita tunaikan pada waktu-waktu yang diharuskan sembahyang. contohnya, selepas solat maghrib atau solat2 fardhu yang 5 waktu tuh.
- solat 2 rakaat yang dimulakan dgn lafaz niat:
-pada rakaat pertama, dibaca ayat kursi 7 kali selepas bacaan al-Fatihah
pada rakaat kedua, dibaca surah al-Ikhlas 11 kali selepas bacaan al-Fatihah.

doa selepas solat istikharah:

maksudnya:

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."


insyaallah, semoga kita semua beroleh petunjuk dr yang Maha Esa. amin.

No comments:

Post a Comment