Thursday, January 6, 2011

feeling x sedap..

salam

dari petang tadi hati aku nih x tenang. macam ade benda je yang buatkan hati aku ni risau. risau dan sangat gelisah. amat!!tapi aku diamkan aje. mungkin aku je yang fikir macam tuh. pandang kat luar, hujan masih merembes perlahan. tak laju dan lebat seperti siang tadi. pasal cuaca kah? tapi hujan kan anugerah Allah. segar pokok-pokok aku tengok. aku tarik nafas dalam-dalam. tapi hati tetap gundah. kenapa?

mak kata, kalau rasa tak sedap hati bila nak buat sesuatu, better jangan buat. erm.. aku mengadu kat kak ain (roomate aku) feel aku nih. dan kak ain pun cakap benda yang sama. kak ain kata, mak kak ain pun cakap macam tuh. tapi aku tetap positive kan diri sendiri. otak ni ligat je berfikir benda-benda yang tak patut. hati lagi jadi tak senang. entah.

lepas maghrib, aku talefon mak. bgtahu mak lagi sekali ttg percutian aku dengan member2 lain ke genting esok. mak tak bantah. pesanan mak tu lagi menambah rase gelisah aku. " hati-hati nanti. jangan suka-suka sangat. dah sampai genting nnt talefon mak. dah balik sampai uia pun, talefon mak," lepas letak phone, aku duduk termenung depan laptop. kenapa lah dengan hati aku ni?!

7:57pm : beb, aku risau la dgn perjalanan kita. huhu, doa banyak2 esok kita selamt pergi dan pulang..

text dr syud aku terima. nah! bukan aku seorang je. tapi kenapa kami semua punya rase macam tuh. aku beritahu syud, aku pun rase tak sedap dengan perjalanan kami. Ya Allah..

9:32 pm : weh, abg aku ckp genting hujaaaaannn. dia tak bagi aku pegi. dia cakap rugi je nant. korang macam mana?

text dr tyra pulak. aku tgh discussion time tuh. aku terus forward message tu kat syud. dan laju kiteorang uat keputusan. we've to postponed it. better next time. pd ida dan tyra, sudahpun diberitahu. cuma kina yang tak dapat di hubungi. dan akhirnya, percutian kiteorang dibatalkan.


hurm. .khurafat la kalau kita percaya benda-benda karut-marut ni. tapi kalau dikenang semula, banyak halangannya untuk rancang percutian ni. dr awal lagi. bukan senang. dr jadual percutian sepatutnya hari sabtu, bertukar ke jumaat. macam-macam lagi lah. padahal, semua dah semangat habis dah nih. hati dah nekad nak pergi sangat. mengenangkan, ini saje masa yang sesuai unt kiteorang. lepas ni semua dah sibuk dgn kerja, kewangan lagi..bak kata orang, mmg habes punya nekad lah. no matter what, we've to go there on this weekend. andai tiket habes pun, sanggup tangguh pi sabtu. see?

kau siapa shiema?
manusia biasa je.

TUHAN maha berkuasa atas setiap ape yang berlaku. rancanglah sehebat mana pun, perancangan Allah itu lagi sempurna. Dia lagi tahu yang mane lebih baik buat hambanya. mungkin, perasaan kami seharian ni, dah menunjukkan betapa kerdilnye kita disisi kuasa Yang Maha Esa. segala milik kta ni adalah hakNya.


oke,guys. maybe bukan rezeki kita kali ni.
SAYANG KORANG WEH!! how could we have same feelin' kan? alhamdulillah. Allah masih sayang kita. and rasa sayang tu pun, datangnya dr Allah juga.





p/sssss: tyra dh siap beli brg nk buat sandwich da..tapi telur ntk wt sandwich dah pecah. sbb tyra terlepas time pegang plastik tuh. neva mind. memang bukan rezeki kita kali ni.


^^

No comments:

Post a Comment