Thursday, January 27, 2011

zombie :/

salam

Aku betul-betul dah macam zombie minggu nih. Mengalahkan zombie dah aku rase. Jalan pun kalau boleh macam nak slow-slow gaya menikmati keindahan alam sekitar. Padahal, mata dah xboleh nak bukak dah rasenye. Eye bag, eye contact dan segala mcam lagi lah, xusah nak dicerita. Minggu perang!! Dan hari ini, aku isytiharkan, minggu perang aku dah berakhir. Lepas midbreak sambung lagi.

Hari isnin dimulakan dengan presenTENTION Islamic principle of public admin. Entah semangat ape agak nye aku hari tuh, mmg present all out lah.aicehceh..lepas tu kembang kempis la kan hidung aku bila dah kena puji. Wa cakap sama lu beb, bkn sekadar lecturer aku je tunjukkan kepuashatian melampau die, habes je kelas, 3-4 orang classmate aku cakap tahniah. (Classmate yg mmg sepanjang jadik classmate, mmg classmate.xpenah nak jadik kawan)HAHA. Lega oOo..habes satu part. Alhamdulillah, rezeki kah itu? Mungkin. Dah pulun habes-habesan untuk buat yang terbaik,balasan Allah pun baiklah. Thanks utk grupmate aku: nadiah dan im..yang lagi terharu, sir siap kata, slides presentation kteorang tu die akan letak kat e-learning. Ape maknenya?—bdk2 ni akan studi gune slides kiteorng oi!!! HAHA.. Alhamdulillah. Thanks sir! Kalau nak pikir ttg journey dan alkisah sebalik tabir nak buat presentation ni, mmg agak berbaloi lah.

Kemudian, hari selasa pun datang. Jadi? Jadi semakin haru biru lah. Kecut perut aku bila mengenangkan hari-hari yang mendatang. Gelabah oOo. Malam selasa ade midterm arab. Yess, MALAM! Dan pepagi buta rabu tuh, aku ade midterm usul-fiqh! Kau bayangkan, mana tak macam panda mata aku nih? Midterm arab macam mane? Aigoo,macam gitulah labu. Dah buat,harap ustaz paham ah ape aku jawab tuh..lalalala. dan bila kaluar dr exam hall, aku dah risau habes. Usul-fiqh pny notes dah terbayang-bayang dah. Memang tak tidolah aku malam tuh. Byk ko tau yg nak dikhatamkan?! Tak tido satu malam pun, belum tentu aku habes bace..gagagaga

Kemudian, hari rabu pun menjelma. Jadi? Jadi semakin haru biru lah.kepala mmg dah tingtong habes dah waktu pepagi tuh. Rase mcm kat awangan aje. Yg lagi xbleh blah, aku siap buat malu diri sendiri serta masyarakat setempat bila aku boleh dengan tak malunya tersungkur menyembah tangga. Lagi hebat, kejadian berlaku berhampiran tangga lif, dan ade 2 orang lecturer yg sedang menunggu lif waktu itu. Shadapppp!!! Aku silap percaturan lah! Malu haku. Sesape yg Nampak kjadian memalukan time tuh, sila tutup mulut dan mata skg!!!time ambil kunci kelas, aku pegi langgar tongsampah @ pengaut sampah kat bilik maintenance tuh. Sah! Kepala aku mmg dh tingtong. Jawab exam?! Mmg macam dah jadik scholar fiqh lah aku. Sedap aku karang esei. HAHAHA.

Malam ade class skill. Phew..esoknye, aku ade 2 paper midterm!! Peh, naek bengkak muka aku ni. Mata dah tak larat nak dibesarkan. cakap pun layu-layu je,,(erk,yeke?? Haha. Tipu3. Aku mane bleh kalah bab2 cakap nih?) nak dijadikan cerita, tetiba bro Nik tuh bleh plak nak buat open book test malam tuh. Naseb baek open book. Tapi an, aku gitau engkaurang, open book test ni berganda susah dr test yang tak tgk buku,tahu x??! Tamat hari rabu. Kelas habes pkul 10. Nak kne berkejar2 menghabeskan menelaah Islamic ethics serta abbasid caliphate. Wajar ke aku tido lena? JAWAPANnya: wajar sangat!! HAHA.

Dan khamis menjelma. Jangan tny macam mane aku jawab exam tadi. Agak-agak aku bleh jawab ke?!

Minggu ni, mmg minggu kacau bilau bdk2 uia gamaknye. Aku lagi kesian kat seorang brother nih, yg menjadi mangsa keadaan. 1 hari sampai 4 paper oOo. Kalau aku, mahu menangis 7 keturunan..huhu^^. Sengsara! Pasal semua lecturer berlumba-lumba mahu menjalankan midterm b4 cuti. Mangsanye???! Sampai ade je member2 aku yang terpakse buat pilihan. 2 midterm serentak, subjek laen2.puas dah mintak simpati..harapan lah nak mendapat belas kasihan. Kedua-dua lecturer xnak mengaku kalah. Lagi sedap, buat test time rabu malam. Tak tahukah, rabu malam tuh mmg utk class COCU. Pe nak jawab dgn trainer? Dapat trainer yg bertolak ansur takpe jugak. Buatnye trainer tu pun taknak kalah jugak?! Hailaaa~~ nk kasi prove pe? Kertas exam tuh?! Hurmmm~

Minggu derita berakhir sementara. After midbreak smbg lagi. Aku balik hari rabu. Lambat kan? Byk tugasan harus diselesaikan sebelum bercuti. Jadik student, kne byk berkorban! Sampai bdn dah layu macam daun pisang pun, jgn gentar2..HAHAHAHAHA..



p/s: aku pelik lah..org len senang aje nak turun berat bdn bile stress. Tak tido, mkn xtentu, boleh je kurus. Aku nih?! Xde perubahan lgsg! Gagaga. X aci!

2 comments:

  1. Salam~
    hahahaah 1st komeng...!!!
    Aku pn sama,youre not alone ..
    Eseimen n XM membunuh...
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. wslam. whoa!! zaim...
    hahaha..tahu xpe weh.
    lagi haru, even org len dh sedap2 blk kg, aku duk bertapa lg kat uia nih..

    ReplyDelete