Thursday, January 13, 2011

merungut mcm bunyi lebah sakit ;)

salam

tajuk entry xnak kalah kan?! btw, cuaca diparas takat beku. sejuk oOOoo~ tak tahu lah pulak kalau kat koordinat lain, engkauorang rase panas. aku hidup kat gombak ni, dah macam hidup kat negara 4 musim. dah pulakkk...sekarang ni bdk2 IPTA sibuk nak bercuti mengalahkan orang duduk negara 4 musim. hambek kau! kena cuti berbulan-bulan. sape nak kahwin, bertunang ke or what so ever, sempat sangat dah! lalalaa XD. ingat lagi, dulu time awal-awal sem, bile aku bgtau kawan-kawan aku yg studi kat u lain psl cuti lame2 ni, semua x caye.. kata uia je sayang student. weh3..kan betul kan? bezanya, mcm mane engkauorang nak tahu>? time bdk uia dh 3 minggu bersusah payah kat campus, engkauorang sihat kat rumah lagi..hehe.. last2, baru lah anda-anda semua tahu akan kebenarannya bukan?? (apsal nada mcm xpuas hati je?) oke, lupakan saja~

bukan itu yg nak aku kongsikan. tapi perihal manusia yang suka merungut-rungut mengalahkan bunyi lebah sakit..kah3..hiperbola giller~manusia zaman sekarang ni suka cakap macam nih, " aku selalu tolong orang,kenapa orang tak nak tolong aku eh?" tak pun macam ni, "kenapa bila aku susah takde orang yang nak tolong hah?" pehhh~ ayat dah terang menunjukkan type orang yang bagaimanakah dia..

oke..dalam class islamic ethics aku tadi, ustaz dah bagi clear explanation tentang perangai orang2 yang macam ni. OOooo~ barulah saya faham ustaz! terima kasih ustaz sebab bagi saya ilmu yg sangat berguna ;)

kata ustaz td, mesti ade yg tak kena bila kita dalam kesusahan, tapi takde orang yang sudi tampil kehadapan utk menghulurkan bantuan. sebabnye......

1) bila masa kita memberi pertolongan pada orang lain, kita tak berikan 100% rasa ikhlas dengan pertolongan tuh.
2) bila masa kita memberi pertolongan pada orang lain, kita terfikir akan kepentingan sendiri setelah membantu (cth: ganjaran,pangkat..etc)
3) bila masa kita memberi pertolongan pada orang lain, kita berniat mahu menunjuk-nunjuk sahaja( termasuklah kalau nak menunjuk-nunjuk yang kita ni berhati mulia dan baik bicara) cehh!!
4) bila masa kita memberi pertolongan pada orang lain, kita berasa terpaksa.

oke, secara jelasnya kata ustaz tadi.. bila kita membantu orang lain dengan hati suci dan buat benda tuh semata-mata kerana Allah, hati kita mesti berasa senang. gembira sebab sudah berjaya membantu hamba Allah yang lain. lagi pulak, kita takkan sesekali merungut bila kita tak dibantu orang lain bilamana kita dalam kesusahan. sebabnye...pasti ade sedikit kekurangan sebelum2 nih bile kite menolong orang lain. kena cek semula lah,ye kawan-kawan. mungkin kita ade terkurang kat mana-mana. kita membantu, tapi tak sehabis ikhlas. mungkin lah.

yang penting, IKHLASkan hati. nescaya, hati kita pasti dilimpahi dengan nikmat kesenangan. tak kaya harta pun takpe..janji kaya dengan hati yg terpuji..

renung-renungkan..dan, selamat beramal (:




saya juga sedang mengingatkan diri sendiri ttg hal ini. sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil dan Maha mengetahui tiap segala~

No comments:

Post a Comment