Tuesday, December 20, 2011

bila hidup sentiasa menerima


aku percaya dengan pepatah what goes around, comes around. engkau percaya? naa..nak percaya atau tidak, terpulang pada engkau orang. atau lagi senang nak bagi paham, what u give, u get back..haa, apehal aku nak bermadah-madah pulak an harini? haruslah ade sebabnya.
sebab yang utama, aku tak perlu nak reveal kat sini. cukuplah kisah dia aku jadikkan sebagai pengajaran. meh, aku nak tny sikit.. KALAU ade seorang tuh selama ini cuba sedaya mungkin mencari kesilapan kau, sedangkan kau tak silap, dan die selalu sahaja menfitnah kau dibelakang kau, then suatu hari kau mendapat berita die ditimpa musibah. ape kau nak buat? guys, bohonglah kalau aku cakap kau akan turut menangisi sama akan kesedihan yg menimpa die padahal die lah yang selama ini dh banyak tumpahkan air mata kau. wah, klau kau menangis sebab kesusahan die, memang aku tabik spring lah. aku bukan sufi. dan tak pernah pun nak ngaku diri aku ni baik. nak ketawa terbahak-bahak sebab die ditimpa musibah pun tak kan pernah aku buat. kasihan. saat aku tahu, aku senyum sinis, tumpang simpati dan dlm hati aku akan cakap: what goes around, comes around,babe!
nampak mcm aku dendam? tak. tapi cukuplah kalau aku cakap, harap musibah yg menimpa kau tuh dapat menyedarkan kau dr perbuatan kau selama ini. berikut, ade sesuatu yg aku nak kongsikan;
1) jangan sesekali samakan taraf kau dengan taraf orang yang melakukan aib pada kau. contohnya, kalau ade orang membuat jahat, jangan sesekali dibalas jahat. kalau kau balas jahat, adalah sama maksudnya yang engkau adelah sama level macam orang tuh. tinggikan taraf kita dengan menjadi orang yang bersabar.
2) bersabar itu ade tahapnya. yes, aku sangat bersetuju. tapi, adelah sangat perlu untuk kau sentiasa beusaha untuk meletakkan sabar itu pada tahap tertinggi yang kau mampu. tak salah. malah, kita akan berasa senang lepas itu.
3) jadi kebal. jangan cepat melatah. diam bukannya tanda kita salah. tapi kita melihat sejauh mane dia mampu. lihat sahaja kebodohan yang die berjaya buat. percayalah, orang yang benar sentiasa menang. kalau tak menang pada pandangan manusia pun, sekurang-kurangnya kau mohon kemenangan di mata Allah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.
4) orang yang bercakap dusta perihal kau pada orang lain itu sebenarnya sedang membuka pekong diri sendiri pada umum. percayalah cakap aku. hebat die bercakap, bermakna hebat lah die sedang menunjukkan kelemahan diri sendiri.
jadi, jangan runsing. tapi ingat, jangan sampai orang itu melampaui batas. berdoa semoga die dibukakan pintu hati untuk berubah. jangan doa yang bukan-bukan untuk dia. kalau kita buat begitu, samalah taraf kita dengan mereka. bukankah kita mahu menjadi baik dimata Allah? walaupun manusia yang selalu mempercayai kata jahat orang itu sentiasa memandang jahat pada kita.
untuk kau,
what goes around comes around.
aku tumpang simpati.

No comments:

Post a Comment