Monday, December 26, 2011

motivasi.

salam.

baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi Gombak nih. macam terbau-bau lah pulak final exam nih..*aik, perumpamaan kau terhadap final exam dengan 'bau' adelah sangat hiperbola*. maaf. semalam sepupu bertunang. sebaya dengan aku. dah kerja. jadi?? haha. macam stress pulak. die sudah bertunang, sedangkan aku masih perlu memerah otak menghadapi hidup berliku kat sini. hah! again. ayat hiperbola lagi.

jadi, seharusnya kau tak perlu nak stress sangatlah shiema. haha.
mengikut pengalaman cousins aku yang dh berkerjaya, semua kata....'study lagi best!' kadang-kadang aku mcm nak ckp. pekena korang ni weh??! korang kerja kan dapat gaji? dapat bonus? boleh beli macam-macam? bole makan macam-macam? masuk kedai branded2 pun mcm tak pernah nak fikir yang dengan korang tu ade seorang budak naif yang masih bergelar student. yang masih tak menjana pendapatan dan hanya hidup bertunjangkan PTPTN. hahaha. akulah tuh! pekena korang selalu kata belajar lagi bez? tak paham aku.

haha.
tipu.
korng selalu cakap reason nya.
macam betul.
tapi,
aku pun mcm bau2 je yang berkerja itu pasti berlipat ganda stressnya. (oke. BAU lagi. maaf.)

terima kasih sebab korang motivate aku cara macam tuh. motivate aku supaya lebih menghargai kehidupan aku sebagai seorang student. bak kata korang, bau buku tak sama macam bau duet. entah dari mana korang dapat pepatah tuh. ofkos lah bau buku tak sama dengan duet. duet wangi. buku tengik. siap ade ular kecik lagi. (ular kecik ni kawan aku yang bagi perkataan ni, time die pinjam sekeping buku yang kertasnya berwrna emas diperpustakaan suatu masa dahulu. dlm tu ade sejenis binatang yang saiznya seakan 10 kali ganda lebih kecil berbanding anak ular)haha.

oke. aku faham maksud korang.
doakan aku weh.
aku nak menghadap final exam ni. pastu jangan ngade-ngade eh nak call aku ajak tengok citer satu malam kubur berasap. aku tak nak tengok wayang. nak fokus kat studi..tapi kalau rase nak tgk sherlock holmes, wajib tau contact aku! kalau tak, aku isytihar perang!


bit-taufiq-wan-najah.
gambatte,shiema!

No comments:

Post a Comment