Tuesday, December 27, 2011

konservatif

faham maksud konservatif? hurm.

ade seorang teman kata, aku agak konservatif dalam banyak perkara. aku tak marah die. malahan aku memang bersetuju. ade orang suka saja nak melenting kalau ade yang kata die konservatif. mungkin definisi konservatif bg diorang adalah berbeza dengan aku. kolot??ketinggalan zaman? kampung? buat ape aku nak marah. aku memang orang kampung. menumpang saje kat bandar yang kononnya semua orang ade urban lifestyle kat sini.

masa mula-mula jejakkan kaki kat KL ni pun, aku memang seorang yang pelik. member ajak lepak midvalley, jawapan aku senang:tak nak! walaupun campus aku time tuh adalah hanya sekangkang penguin dengan tempt tuh.aku prefer duduk kat rumah abang sepupu aku kalau hujung minggu. kalau nak tengok movie, duduk santai-santai pun, aku prefer buat semua tuh dengan abang sepupu aku dan wife die. kolotkan aku?

lepas tamat sekolah rendah aku terbang kat sekolah yang komunitinya adalah pelajar perempuan sahaja. aku tak biasa bila dah masuk campus lepas spm tuh, komuniti sekeliling aku bertukar menjadi dua jantina. lelaki dan perempuan. kelas campur-campur. senang citer, aku macam takut2. ye, sebabnya aku tak biasa. dah lama-lama sejak join society, baru aku boleh borak mcm biasa dengan opposite gender. join society tu pun, salah satu cara aku untuk hilangkan perasaan aku yang sarkastik terhadap orang lelaki. pelikkan aku?

aku jadi pelik bila tengok kawan-kawan yang boleh hangout dengan classmate lelaki pergi tengok wayang, main bowling, karoeke..bagi aku, kalau nak berkawan baik, lelaki bukanlah orangnya. macam terbatas la kalau nak buat ape-ape. kawan lelaki hanya as classmate.no more than that.

tapi, makin lama hidup kat bandar ni, terbuka jugaklah minda aku yang kekampungan nih. atau erti kata lain, minda yang kolot nih. bila dah kena ade opposite gender dalam group assignment, discussion group, handle program dengan diorang, classmate yang ramai lelaki, baru aku bole hadap environment tuh. lawakkan aku?

sampai sekarang. aku mengaku aku agak konservatif lagi. tengok kawan lepak dengan opposite gender overnight, itu aku tak boleh terima. aku takut. tengok kawan yang bercinta ambil gambar pegang,itupun aku tak boleh terima. tengok kawan keluar berdua dengan opposite gender yang tak dikenali pun aku tak boleh terima. memanglah aku ni kolot kan?

tak. aku tak salahkan mereka. cuma aku nih yang tak boleh nak adapt cara mereka. sebab aku kan konservatif?!

aku rase aku suka cara aku . jadi, sampai kadang-kadang aku rasa cara diorng salah. masalah kah aku?



cara dan gaya kita mungkin tak sama, tapi AGAMA kita sama.




#konservatif mengikut kamus DBPadalah bermaksud:1.bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima per­ubahan 2. kolot, tidak moden.

No comments:

Post a Comment