Monday, January 2, 2012

2012?


ouh. it's already 2nd day of 2012.




baru masuk tahun baru, dah kecoh satu dunia.
politics again. apsal korang ek? beria-ria sangat nak berpolitik?

yang buat aku lagi tak faham, kau senang-lenang guna term 'mahasiswa'. macam represent semua mahasiswa baik di Malaysia mahupun kat luar negara plak kan? term mahasiswa tu tak kena, bhai. macam semua mahasiswa plak beria-ria nak politik. padahal, setahu aku, sekarang ni rata-rata yang bergelar mahasiswa kat Malaysia ni sedang berhempas pulas study untuk final exam. entah-entah pebenda tuh AUKU pun diorang tak amek port..takde plak la terpikir nak berDEMO laa ni tak supo mulo.. nih, aku quote dr FB lecturer aku; which is mmg aku setuju 100%:

Tidak semua mahasiswa mampu berpolitik. Hanya sebahagian yang boleh berpolitik. Sebahagian lagi hanya menjadi pengikut. Sebahagian lagi boleh memimpin, tetapi ada di kalangan mereka belum mencapai tahap pemikir. Pada saya, ramai lagi mahasiswa Melayu Muslim yang keciciran dengan PNGK/CGPA pada tahap yang rendah dan mereka perlu diperkasakan. Mahasiswa boleh berpolitik, tetapi jangan ketepikan ilmu (ilmu- saya tidak menyebut ijazah). Tetapi apa yang lagi penting pengetahuan mereka tentang politik perlu ada, bukan berpolitik yang menjadi keutamaan. Tetapi juga, banyak isu sosial lain yang memerlukan perhatian mahasiswa. Namun, mengikut p
engalaman, ramai yang tidak mengikuti perkembangan isu semasa.

agreed, sir.
aku rasa, yang semangat nak berpolitik atau yang konon nak memperjuangkan hak-hak politik yang digembar-gemburkan nih, hanyalah segelintir aje. BUKAN SEMUA. aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. adalah sangat memalukan andai kau berperangai seperti orang tidak bertamadun walhal kau memegang title sebagai mahasiswa. malulah! dan kau dengan tak malu serta tanpa ragu-ragu melaungkan 'kami mahasiswa mahu hak kami'. hak ape yang kau katakan ini? hak berpolitik?? hahahaha.. CGPA kau mantoopp ke tiap-tiap sem weh? kalau DL(dean list) memang aku tabik springgg la dan kau adalah dalam kategori seorang yang amat layak untuk semua2 itu.

jangan jadi jumud. fikir panjang-panjang lah..berpolitik tak salah. memang sungguh tiada salahnya. tapi harus kena pada tempatnya. entah-entah, kalau siasat semua yg berDEMO la ni tak supo mulo kat UPSI harituh, ade je yang tak mendaftar sebagai pemilh lagi. dengar-dengarnya, 3.7 juta lagi yang tak mendaftar sebagai pengundi.. apalah segelintir rakyat Malaysia nih. hak kau sendiri tak kau tegakkan, sibuk mahu menegakkan hak-hak yang lain. daftar lah. kalau tak, macam mana lah suara engkauorang nak didengar?? malukan?. .

"jangan telalu extreme memberi pendapat. seorang yang professional, die harus neutral".


ade seseorang yang berkata begitu kt aku. dan aku setuju. jadi, tepuk dada, tanya iman. seharusnya, kewajipan dalam menuntut ilmu adalah lebih penting berbanding kewajipan kau dalam menuntut hak yang lain. tanpa ilmu yang kukuh, kau akan rapuh. seperti pepatah arab:

"al-'ilm bila amalin, kash-shajaru bila samarin"
-ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah-

sesungguhnya, berilmu dahulu, baru kau amalkan nya. penting bukan ilmu itu? cuba bayangkan jika kau amalkan sesuatu tanpa ilmu?! -nauzubillah.

bagi yang belun mendaftar sebagai pengundi, ayuh lakukannya. status aku sebagai pengundi sudah di sahkan. aku bakal mengundi dalam PRU-13 nih. aku memang tak sabar nak menjalankan tangungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. yang dah lakukannya, anda boleh menyemak status anda disini. klik pada pautan Semakan Daftar Pemilih.

woott, wooott,

btw,

btw, selamat tahun baru Masihi, dunia.
semoga kita bersama-sama menjadi yang lebih baik.
AMIN.




No comments:

Post a Comment