Friday, January 13, 2012

semester break!


salam buddies! (suara sounds great sebab dah habes exam). and of course, its time for semester break, peeps! ouh. sungguh menterujakan bila sebut pasal cuti. apsal? sebab rasa dunia macam indah berseri. sebab rasa diri tidak dibebani.. huh. semester break memang super awesome untuk student macam kami. kali ni cuti tak lama. less than a month. tak macam semester break yang lalu: 5 months okeh! tapi time long long long semester break tuh, aku bekerja. so, cuti bergaji memang sempurna rasanya. bila cuti duduk rumah goyang kaki tanpa gaji??? rase ape?? ouh. yang itu pun seronok jugak. nampaknya, cuti semester ini, aku bakal menjadi pencuti terhebat kat rumah. sebab, cannot go 4 work. siapa yang nak ambik bekerja kalau cuti tak genap sebulan ni pun kan? lainlah anak dato. bapak ada company sendiri. kerja tak sampai 2 minggu pun pendapatan dah macam orang biasa bekerja berbulan-bulan. haha.

bila datang cuti semester:

1. cuti aku, bermakna cutilah segala aktiviti social networking aku. no facebook, blog, tumblr etc sebab rumah takde internet. so, segala aktiviti-aktiviti member aku memang takkan tahu. kalau nk contact pun, definitely through handphone. haha. ape? ketinggalan zaman?? ouh. takpe. aku memang dah biasa. tak mati pun takde line internet kat rumah. tak mati pun kalau sebulan tak aktif FB.


2. masa untuk berbakti kepada ibu bapa adalah time semester break! betul, percaya akan daku. biasa kalau aku cuti, kerja mak ringan sikitlah kat rumah tuh. gila kau nak bangun pukul 10? itu bukan aktiviti yang sihat kalau kat kampung. kalau kat bandar, takpe. haha. memasak, mengemas, membasuh memang kerja rutin. hari2 bangun pun ber-rutin. celik mata, kau harus memerah keringat. bukan macam kat KL. celik mata, jengah FB dulu.


3. aktiviti membuat kuih untuk minum petang memang kegemaran aku. haha. kira kalau aku bercuti semester dan tidak bekerja, minum petang adalah mesti! mak pun da faham dah. kalau tahu aku nak cuti, harus menyediakan tepung secukupnya. kalau tak, aku rasa cuti macam kurang berseri. minum petang bersama family adalah satu aktiviti yang indah. tak caya, cuba try.

4. tahap stress adik-adik aku akan bertambah bila aku ade kat rumah apatahlagi bila aku bercuti panjang. sebab aku kaki bebel. nasib kaulah, adik-adik. mereka jenis yang suka ambil barang dan tak letak semula ke tempat asal. jadi aku akan membebel. mereka jenis yang suka salin baju dan tak letak baju kotor dalam bakul serta lebih cenderung mengumpul baju kotor dalam bilik. jadi, aku akan membebel. banyak lagi benda-benda yang diorang selalu buat yang boleh bagi aku selalu membebel. hahaha. aku tanya kawan-kawan aku yang anak sulung. pukul rata, semua lebih kurang macam aku. membebel macam habit. tapi, kalau yang anak sulung tak macam aku tuh, maafkan aku. teori aku mungkin untuk aku sahaja.

jadi, jom bercuti semester. yang nak bercuti ke mana-mana samada didalam negara mahupun diluar negara tuh, untunglahhhhhhh~ selamat mengembara aku ucapkan. aku di melaka sahaja. hurm, naik je sem baru nanti, i'm moving towards my last year kat uia. macam sekejap sahaja masa berlalu. dah 3 tahun rupanya aku kat sini. tu tak kira lagi setahun setengah kat foundation.hurm, harap semuanya dipermudahkan Allah. amien.

hantu gigi mengucapkan selamat bercuti kepada semua.
manakala hantu mata langau pula mengucapkan selamat berbakti kepada ibu bapa
:))

No comments:

Post a Comment