Wednesday, February 8, 2012

noob.


apesal noob? entah. mungkin sudah tak terfikir tajuk entry yang lebih matang dan besifat final year. eh3, apakah kaitannya? haha. saja nak bgtau, aku dah final year sekarang. soo? nak bangga ah? nak kagum ahh? TAKK! takk sama sekali. malahan title 4th year bachelor degree student amat menakutkan sekali. rasanya, ilmu masih cetek untuk sampai ke tahap ini. tapi Alhamdulillah, semua urusan Insyaallah dipermudahkan-Nya.

awal aku sampai kampus harini. sedangkan kawan-kawan lain masih setia berarak kat Ultraman Emas (Batu Caves). hahahaha. mane tak nya, sunyi sesepi uia. macam takde penghuni. sungguh di luar jangkaan. sebab aku menjangkakan, pintu masuk uia pasti jam. pak guard konpem muka ketat sambut student padahal hati cukup gembira sebab lepas nih, dorang boleh melakukan aktiviti saman-menyaman dengan pesat. aku menjangkakan dekat opis kutip kunci bilik mesti beratur panjang, naik tangga hostel konpem langgar-langgar bahu/beg dengan orang lain. tapi itu semua sekadar wishful thinking kau tahu?! uia sepi. dh masuk petang baru nampak sibuk sikit. itupun sebab aku lalu stadium tadi. adelah orang sedang beriadah kat situ. ingat nak singgah tadi. carik seorang. hahahaha. abaikan.


esok dah mula kelas. dah sibuk balik. sem ni takde kelas malam. jadik, aku jangkakan, hidup akan sedikit tenang. jangkaan aku mungkin tepat atau mungkin meleset sama sekali. sem ni jugak subjek2 yang aku sudah berjaya register, semuanya dengan senior lecturer. cuak gak nih. doakan, semoga semuanya dipermudahkan.


sem ni juga macam banyak plan. sebab ade geng yang bakal menghabiskan studi sem nih. plan adelah berupa riadah/lawatan/perkhemahan dan lain-lain. jadi atau tak jadi, itu belakang kira.

jadi, usaha harus dipertingkatkan sebab target tak capai lagi. sem lepas ade perkembangan positive. harap sem ni pun macam tuh jugak. selamat studi student-student UIA.


haritu member turun melaka.
next entry mungkin story pasal nih.
MuNgKiN.



haha.
nak tido. sebab esok nak bangun awal.
spirit mcm budak baru nak masuk sekolah.
bilik roomates pun dah gelap.

No comments:

Post a Comment