Tuesday, January 10, 2012

umur bukan definisi 'MATANG'



salam.



apakah definisi matang bagi anda? ouh..kau dah nak kahwen, jadi kau matang. adakah? ouh.kau sepuloh tahun tua dr aku, jadi kau matang. adakah? ouh. kau masuk U jadi kau matang. apakah? hurm. nampak tak? orang selalu sangat kaitkan umur dengan kematangan. padahal, kaitan umur dengan matang tuh berapa peratus aje. haruslah. semakin meningkat umur, kau seharusnya semakin matang. itu hipotesisnya. tapi, tak semestinya hipotesis kau tepat. umur bukan lah definisi paling sempurna untuk sebuah kematangan. *sebuah*??ok, lupakan.

matang pemikiran adalah tunjang segalanya. bila kau matang dalam pemikiran, otomatik kau akan matang dalam tindakan dan perbuatan kau. sebab kau sudah berfikiran secara rasionalnya mengikut taraf kematangan kau. tapi, kadang-kadang , orang yang lebih tua umurnya pun, belum tentu boleh mencapai tahap kematangan yang tinggi dalam pemikirannnya. boleh jadi, perangai pun nanti tak matang mengalahkan budak-budak. ya, tiada salahnya nak berperangai macam budak-budak sekali sekala..tapi kalau dh berkali-kali, itu namanya kau memang sungguh mintak penampar. mintak 'kasutku dibibirmu' pun iya jugak tuh.

dress-up town, baju berlapis-lapis, tudung terpintal-pintal, matang lah tuh? duduk berkumpul-kumpul, asap berkepul-kepul kat mulut and hidung, matang lah tuh? status FB memaki hamun orang, FB dah macam diari hidup, matang lah tuh? moody, emosi ikut hati tak fikir orang sekeliling, matang lah tuh? weh brader. umur lu ngan wa macam langit dengan bumi, tapi lu punya mentaliti banyak kurang maa dr umur lu. haiippp! pada aku, umur tiada kaitan secara langsung dengan fungsi kematangan. tapi, umur hanyalah fungsi secara tidak langsung terhadap matang. kau sudah meningkat umur. jadi, kau harus matang. TAPI, meningkatnya umur kau, tidak semstinya kau matang. boleh jadi, kau punya pemikiran sedikit kurang matang berbanding orang yang jauh lebih muda umurnya berbanding kau.

jadi, tak payah nak kerek bila dah meningkat umur.
belum tentu kau sudah matang secukupnya dengan pertambahan umur kau.
bagaimana nak matang?
tepuk dada tanya iman. otak kau lah elemen paling penting.

2 comments: