Tuesday, April 24, 2012

baju raya?

salam.

dapat call dari mak tadi. tanya tahun ni raya nak pakai colour ape. oh no mak! dah nak beli baju raya ke? balik dari kelas, terus tengok kelendar. nak masuk bulan Mei, pastu Jun, and Julai dah puasa! Allah, cepatnya masa lari tinggalkan kita.

jadi ke kaler gold tuh? mak tanya tadi.
tak mahu lah mak! tak sesuai ngan along ngan angah. kami kan anak mak yang mcm kena simbah dengan minyak hitam? pastu mak gelak.
ha, tahu pun! mak nihhh..ngaku letteww anak yang dua orang ni lain macam sikit.
cepat bgtau. mak nak beli kain baju melayu angah. nanti orang dah tak amek tempahan.
okeh!

dan sekarang aku tengah pening. colour pe mahu digunapakai? biasa kalau baju kiteorang tak perlu risau sebab memang mak yang jahit. tapi kalau baju angah kena beli awal-awal sebab kena tempah. mak kurang mood nak buat baju melayu sebab mak kata, kalau buat baju melayu, mak akan stress sangat-sangat. jadi, baju melayu angah, kena tempah! kalau nak tempah, mmg kena awal-awal kan? nnt orang tak moh jahit. pakai kain pelekat baju pagoda pulak nanti adik aku tuh time pagi raya.

ni colour tahun lepas (2011). so far, pilihan colour yang memuaskan hati semua orang setelah tahun sebelumnya semua boikot tanak pakai lagi baju tuh selepas hari raya pertama. nak tahu kenapa? ce tengok;

(2010). boriaaaa!! kami tak suka pilihan baju yang bercorak sama. biar colour je yang sama. pastu, pada hari raya pertama, si pemakai-pemakai baju boria amat berasa tidak yakin. spoil mood makan kueh tart gulung. mwahaha. *tipuu je lebih. keyakinan terhadap baju, tiada kena mengena dgn pengambilan makanan pada hari raya pertama.* baju beli 1 kayu. ohnomnom! kesilapan yang mmg takkan diulang!

abaikan aku yang pendek. ini raya 2009. muka semua memang budak-budak sesungguh. lagi2 adik aku yang kembar tuh. eh2, cuba tengok potret 2009 ngan 2011? ahah! susunan sama aje! ceh, gamak memang dah posing begini yang menjadi kegemaran. tahun 2012 harus tukar style! nak ajak mak amek gambar raya lompat ah. *takut kau je yang tak larat nak melompat shiema*


jadi? harus warna apa tahun ini? ouh, masa 2008 kita dah pakai colour pink. tahun 2007 kita dah pakai colour hijau. tahun 2006 kita dah pakai colour cream. buntu aku! gambar 2006-2008 tidak akan di upload kerana muka penulis yang amat spoil! haraf maaf. haha. mungkin inilah masa untuk pujuk angah supaya bersetuju untuk soft grey?! tahun lepas tak berjaya memujuk sebab tu colour yang dia  paling tak suka. ouh! lagi dua colour yang die tak suka: kuning + oren. ahhh! banyak betul colour yang tidak digemarinya. itu membuatkan aku lagi payah untuk membuat keputusan :|



tak sabar nak tunggu Ramadhan datang. bukan sebab nak raya, tapi entah. memang suka bulan Ramadhan.  :)

No comments:

Post a Comment