Saturday, April 21, 2012

KL Festival City

salam. 
hari ni bila bukak blog sendiri rasa macam sesat! ahahah. semacam plak aku tengok dashboard baru sekarang. takpelah, lama-lama nanti terbiasalah gamaknya. 

mari kita sambung bercerita;

semester ni asyik keluar mengukur KL Festival City je. boleh dikira habitat baru lah untuk melunaskan kehendak yang selalu memghabeskan wang. aduh. dulu KLCC tuh dh macam playground dah. lari kejap semata nak tengok muvie pastu, lari balik uia. *lari yee?* tak3, mmg KLCC tu tempat paleng senang nak pegi dari sini. tiba-tiba muncul Wangsa Walk. ohnomnomnom!! bila dah ade pilihan yang lebih dekat, maka harus memilih yang lebih dekat. jadi, hobi ke KLCC telah bertukar ke Wangsa Walk. biasa motipp memang tak berubah: tengok wayang! tapi Wangsa Walk ni leceh sikit sebab nanti akan berpeluh lalu badan mengeluarkan keringat ke bumi bila harus menapak beberapa meter dari stesen LRT Sri Rampai. jadi, selepas sedar dari alam maya, Wangsa Walk dah tak on top list dah. 

Tiba-tiba buka pula satu shopping Mall baru kat area Setapak-Danau Kota tuh. KL Festival City. ahah! sekarang kat sini ah playground aku. 10 minit dengan menaiki kenderaan sendiri, dah boleh sampai. kenderaan sendiri tuh aku simpulkan kenderaan 4 roda yang dibawa oleh Kina ataupun Pypa. huhuw. nak kata selalu ke sini tak lah jugak, tapi boleh dikire selalu la jugak? *pejadah lah kau ni shiema*

nama shopping mall. tapi kiteorang pegi biasanya bukan nak shopping pun. kalau tak tengok muvie, pegi econsave. tak pun bila tekak sensorang teragak nak makan itulah, nak makan ini lah. ayat bajet yang biasa keluar dari mulut adalah "aku terasa nak makan ________ lahhh!" jadi, lari lajut-lajut lah ke sana. gedik kan? ayat memancing undi untuk semua laju angkat tangan memang mantap. 

 ini semalam. selepas tengok Battleship yang super awesome. siapa-siapa yang tak tengok lagi tuh, baik lah berlari ke panggung yg berdekatan sekarang.

si gemok comel berbelanja di econsave. aku, pypa & Kina.

s
 si gemok  comel ni posing kt tengah-tengah KLFC.

KLFC best. lagi yang buatkan tempat ni best sbb musolla/surau die sangat best. luas dan selesa. tak macam surau kat Times Square. tempat je besar, surau sikit pny kecik. tapi kat KLFC tak. ruang nak solat memang selesa. dekat Wangsa Walk pun, surau tak best. cinonit dan sempit giler. KLCC punya surau best. tapi dah nama KLCC kan? bila yang tak penuh dengan orang????!

p/s: kalau kata aku ni materialistik sebab keluar dengan orang yang bawak kereta je, memang patut aku cili kan mulut orang tu. sebelum ni, pypa dengan Kina tak bawak kereta pun, aku keluar jugak dengan diorang.  selama ni, elok je hangout naik train menapak jauh-jauh semata nak tgk muvie, takde pun aku heran member aku bawak kereta ke tak.tak mati pun kalau takde kereta hidup dekat uia nih.  kau je PSIKO!


No comments:

Post a Comment