Thursday, April 19, 2012

saya ada sebuah buku


salam.

hari kerja keras datang lagi. tapi malas lah nak cerita hari kerja keras. Aku berjaya membeli buku "No More Bullshit, please, We're all Malaysians" written by Kee Thuan Chye, penulis kontroversi sejagat Malaya. tadi macam tak tahu nak nulis ape, tapi sekarang dah tahu dah. hehehehe :) aku sangat happy sebab dapat beli buku nih. jumpa writter die lagi. pastu writter die tulis camni kat buku aku.


"Shiema, let's take no more bullshit. For the sake of a better Malaysia"
(Kee Thuan Chye)


ohnomnom! bahagianya aku bagai mendapat bonus 24 bulan! yayayaya. :) it cost me only RM 35! kat luar tak dapat bero harga runtuh kebaboommmm begini.

dulu, tak minat membaca sangat. kalau minat pun, novel cintan-cintun. mmg berhantu gila sampai sanggup tak tido nak khatamkan satu novel. bukan nak cakap sekarang ni aku tak baca dah novel cintan, bace memang tetap bace. tapi sekarang dah rase mcm tak sanggup nak jadi zombie semata nak habeskan novel. bila entah hilang feel camtu, aku pun tak tahu. ia sesuatu yang baik bukan?! hahahaha.

satu lagi bahan bacaan yang aku pun tak sangka aku boleh mengkhatamkan satu malam adelah buku dr Ridhuan Tee, again, a very controversial writer.. gamaknya, aku mmg dah suka bace benda-benda yang berciri kontroversi ni kecuali majalah Mangga yang sucks tu lah. buku tu tajuknya "Nasib Melayu di Bumi Melayu". siapa Melayu, sila bace. yang bukan Melayu pun boleh bace. tak cukup baca buku tu, sekarang aku sambung membace blog kepunyaan Ridhuan Tee. best ooo! oke, siapa yang tak suka benda-benda politik nih, mungkin kata aku gila. tapi, percayalah. buku ni takde kaitan langsung dengan pendapat orang yang selalu kata politik tu kotor. oh come on manusia! politik tak kotor. yang kotornya, adalah orang yang berpolitik tak ikut landasan Sunnah Rasulullah.


Another book is "Dilema Melayu-Islam. Kurang Zikir atau Kurang Fikir?" by Pahrol Mohamad Juoi, boleh dikire salah seorang penulis feveret aku lah. buku ni bestnya sebab menyedarkan aku as Melayu. Buku ni aku belum khatamkan lagi sebab aku mek pendekatan untuk membaca buku ni sikit-sikit lama-lama habis. kenapa? sebab buku ni best! aku terasa sayang nak habiskan. sebab style aku, bila satu buku tu aku dah abis bace, die akan jadi cantik tersusun kat rak. payah nak belek semula. Buku Pahrol Muhamad Juoi ni ade pengisian lain selain ilmu dunia. pahamkan?! kata-kata die memang menyedarkan aku as Melayu Islam.

aku paing sedih sebab sampai sekarang hajat nak memiliki buku A Doctor In The House by Tun Mahathir Mohamad belum menjadi kenyataan. dulu takde bajet, pastu bila dah dapat baucher RM 200 tuh, semua kedai buku Melaka-KL aku cari, buku tuh dah takde. yang ade pun Chinese version je. aku tak amek Mandrin, camne nak paham? sekarang, baucher dah takde, elok je haritu gi MPH, buku tuh cantik je parking kat rak. sungguh jahat! ade sesiapa tak, nak hadiahkan aku buku tuh time birthday aku nanti? mwahkahkah! tak malunya kau shiema!


nanti aku share lagi buku yang aku ade dan aku dah baca. korang jangan cakap aku gila sebab aku suka baca buku pasal politik. aku tak gila weh.. dan aku neutral! haha. kalau korang nak baca buku-buku bersifat begini kan, aku suggest kat korang untuk baca buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tuh. Ramai orang kritik buku tuh, tapi aku suka. Ridhuan Tee as Islam yang berbangsa Cina, amat keras menyatakan hujahnya. Kita. yang Melayu akan terkejut dgn pendedahan beliau.






till then, selamat membaca :)
aku mahu membaca buku No More Bullshit. again, a Chinese writer. agak-agak pe lah yang die tulis ek?

xoxo

No comments:

Post a Comment