Friday, September 7, 2012

Malaysia 55

Kalau bumi yang sana bergolak,
Di sini kau aman.

Cuma kau belum cukup sedar,
Betapa keamanan hari ini sudah kau campur-adukkan dgn kegelapan hati manusia.
Yang gelap mencari silap,
Yang buta menilai aman sentosa.

Berterima kasihlah pada sejarah.
Bukan sebab kau yang mencari parah,
Kerana sudah ada yang mengalirkan darah,
Mencari titik noktah,
Mencari erti merdeka,
Bagi keamanan bangsa dan negara.

Kau lupa wahai manusia alpa,
Kerana kau hanya mereka-reka.
Sedang yang pahlawannya orang-orang dahulu kala.
Sedang kau hari ini buta dan leka.

Berbahagialah negara Malaysia dan seisinya,
Mohon rahmat limpah berkat dariNya.
Agar bumi ini aman sentiasa.

2 comments: