Friday, September 28, 2012

Mati itu pasti

salam Jumaat yang berkat.

Awal-awal pagi lagi, sesudah subuh dapat call dari mak. Tak senang gak hati aku ni bila mak tiba-tiba call waktu macam tuh. ada apakah? kenapakah? lalu,

"Along, jangan terkejut ye. Istighfar. Mak Wani meninggal subuh ni tadi. Jatuh bilik air"

Allahuakbar. lalu otak ni terus teringat kat Wani. sahabat aku sekolah rendah dulu. Lalu teringat juga, layanan baik allahyarhamah keatas kami yang pada waktu tu selalu datang untuk belajar bersama-sama di rumah Wani. Malahan, kalau jumpa selepas tamat sekolah rendah pun, masih ramah dan mesra bila berjumpa kami. Memang sejak sekolah rendah, aku, Wani, Aisyah, dan Mira rapat gila. selalu belajar sama-sama dan keluarga kiteorang memang saling mengenali. Kenal yg sgt2 sebab anak-anak mereka ni selalu degil nk bersama. tak cukup kat sekolah, hari sabtu ahad pun nak jumpa. Waktu sekolah rendah, buleh dikire kami ni terhover rajin. nak make sure dapat straight A's dalam UPSR. entah dari mana dtg semangat tuh. padahal, baru berumur 12 tahun. Mungkin sebab keempat-empatnya anak sulong. Jadi, semangat sedikit tinggi. Alhamdulillah, aku kira boleh tersenyum hari ini.

Mak ayah kami sungguh supportive. Buat rotation untuk study dirumah siapa. Maka dengan itu, hubungan kami baik bukan setakat bersama kami sahaja, malahan dengan ibu bapa sekali.

Mati itu pasti. Bila-bila sahaja nyawa yang dipinjam ini boleh diambil. Bersedia atau tidak, janji Allah itu pasti akan menjemput. Bagaimana Allah mengotakan janjiNya pada arwah ayah, begitu juga dengan hari ini, dimana Allah mengambil semula harta yang dipinjamkanNya. Di subuh Jumaat yang berkat, DIA mengambil semula hartaNYA yg dipinjamkan sementara. Takziah Wani. Hanya doa anak solehah sebagai pengikat kasih. Semoga kau terus tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Tabah juga untuk adik-adik kau dan ayah kau.  sekurang-kurangnya, sebagai seorang Along, kau harus kuat menjadi pelindung adik-adik kau. Cekalkan hati, sahabat.

Aku kirim Al-fatihah dan doa buat allahyarhamah. Semoga insan baik dan mulia ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang dijanjikan syurga dari Allah. Tabah Wani, cekalkan hati.



Al-Fatehah.

No comments:

Post a Comment