Tuesday, October 9, 2012

Big Days

Salam Oktober wahai semua manusia sejagat, penghuni alam maya yang penuh pancaroba.

nak cakap hai-hai juga kat silent reader aku yang sekarang nih dah tak jadik silent dah sebab dah beritahu aku yang selama ini die membaca tulisan kejadah sengal aku nih. duh, sumpah malu sehh! arghh, sepupu, kau memang!! rasa macam nak kasi tukar url sbb malu taknak bg saudara sendiri baca velog inih. lalu pelbagai soalan bermain difikiran. apakah tujuan ko berblogging ini adalah semata utk kau membaca sendiri setiap entri kau? lalu aku menjawab tidak sambil menggeleng kepala. lalu pipi menjadi blushing sebab aku dah tahu sepupu-sepupu aku sebenarnye adelah silent redaer blog aku. arggh, sepupu..kau memang!!

entry kali ini sedikit pajang. nak bace, teruskan. taknak bace, aku mahu kau teruskan juga membaca. sila jangan kecilkan hati aku. mwahaha. then, ayuh kita teruskan dengan kembali semula kepada tajuk entry.

weekend lepas heaven dgn hari-hari kebahagiaan insan-insan disekeliling aku. jadi, aku juga tumpang bahagia, tumpang gembira, lalu dalam hati berkata, suatu hari nanti turn aku pulak (:

pertamanya, wedding abang Shahril & Mira;


 the cousins
[theme hijau kat sebelah perempuan]

 [theme purple kat sebelah lelaki]


kedua, pada hari yg sama adelah hari pertunangn si silent reader nih;


ketiga, weekend lepas adelah hari konvokesyen uia. jadi, happy konvo for kakak sporting (kak Ain), Faiz, Ida dan juga Pypa.




Kak Ain datang ambil robe awal. so, sempat la kami2 buat hadiah yg tak seberapa untuk Kak Ain. menawarkan khidmat yg tidak professional kami ini utk shoot gmbr pre-convo untuk kak Ain. But, pypa dgn ida datang lambat. tak dapat nak together-gether ambil gmbr pre-konvo.

Dua gambar dibawah adalah gambar cilok dr fb kawan-kawan aku nih. memandangkan hari ahad bersamaan 7 Oct yg lepas adalah majlis perkahwinan abang Shahril dan pertunangan ieja, jadi aku tak dapat bersama-sama yang lain utk meraikan pypa, ida dan Faiz. kalau aku ade kuasa psikik, dah lama aku ada kat dua-dua tempat pada masa yang sama. malangnya tiada kuasa. jadi, harus melepaskan salah satu darinya.

 [Gambar cilok dr fb pypa. haha]

[Gambar cilok dr fb faiz. ehem, yang sebelah itu adalah wifey en faiz nih. boleh diklasifikasikan diorang berdua ni as pengantin baru ]

Tahniah kepada semua mereka di atas. Tahniah Faiz sebab dah dapat kerja. Buat pypa dan Ida, semoga dipermudahkan rezeki dengan rahmat dan keizinan Allah.

Jadi, aku macam kaget. *eh, pehal kau nak kaget pulak*. perkataan kaget tu mcm takde kaitan. abaikan. Gantikan dengan ayat teruja. haha. tengok sahabat-sahabat lain konvo, betapa semangat terasa nak konvo juga. insyaallah, setahun dari sekrang giliran aku plak. tengok orang bertunang dan kahwin, rasa mcam nak kawin jugak. tapi yang itu aku tak pasti. kita berserah pada takdir dan rezeki Allah. bila datang, Allah je yang tahu. Fokus sekarang, habiskan studi, konvo, cari kerja yang halal, sara keluarga dan diri sendiri lalu berharap pada kebahagiaan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Tahniah buat abg Shahril & Mira, ieja, Kak Ain, Pypa, Ida dan Faiz. Tahniah juga buat aku sebab berjaya update belog nih. hahaha. adiosss.

No comments:

Post a Comment