Tuesday, October 23, 2012

speak louder. tapi haremm.

Salam.

Aku bukan nak cakap pasal siapa cakap macam petir or siapa cakap macam dalam kelambu. Bukan. Tidak sama sekali. Sekarang ini aku nak cakap pasal orang yang janji dan cakap macam-macam tapi at the end?! macam hareemmm! Ahh, semalam hari mendidih dan menggelegak lalu buat hati aku panas. itu semalam. Yang aku nak cerita kat sini tu, hal yang semalam tu lah. Hal yang memang aku berdoa semoga tak jadi lagi dekat aku hatta kat orang lain di masa akan datang.

Dari selasa lepas dh inform kata kami nak dtg untuk collect materials 4 assignment kami. tapi saudari tu kata die cuti. jadi die minta kami email-kan material2 yang kami mahu. dah email dan dah deal, ckp kami nak dtg ke HQ die utk collect materials tu on thursday.

Tapi, saudari tu postpone kan date kedatangan kami ke HQ tuh. minta kami datang pada hari Isnin, iaitu semalam. ok, fine. kami redho. dalam hati kata, takpe lah kalau balik rumah lambat pun (sbb sekarang uia tgh cuti midbreak). Berkorban setakat balik lambat ke kampung halaman apelah sangat kan? padahal hati merana gila bila hostel dah kosong, dah macam padang jarak padang terkukur. tapi pasrah. ini last semester. lepas ni takde dah. 

tapi semalam bile pergi tempat tuh (aku malas nak cakap nama tempat tuh sbb ade unsur sakit hati), kedatangan kiteorang mcm tak dipeduli je. malu dengan diri sendiri sbb orang-orang kat tempat tuh mmg la sangat x friendlynye. aduh. Pastu, saudari berkenaan tu keluar dr opis die dan buat muka lalu kata macam ni, " Akak sebenarnya bizi harini. kalau korang dtg Rabu boleh tak. oh, lagi satu, akak tak dapat pun email korang..?" whattt theee H??! ok, mari aku jelaskan kat sini,\.

Pertama, dia yang minta kami datang isnin. pastu boleh cakap suh datang Rabu pulak? ewahhhh! cakap memang x serupa  bikin. time call utk confirmkan balik kedtgan kami isnin pagi tu, tak ade pulak cakap ape-apa. Dah sampai kat situ setelah sesat mesat bersusah payah cari jalan, kau boleh kata suh datang hari Rabu sebab kau bizi hari isnin tuh? oohh Tuhann. 

Kedua, kau kata kau tak terima email kami? habes tuh, yang kau melayan called kami deal bagai nak rak suruh dtg Isnin lah bagai lah tuh, pebendanya? Byk kali talefon die untuk confirmkan. Dia kata, ok! ok! ade kau cakap kau tak dapat email kiteorang? ade? masalahnya takde! itulah masalahnya.

Lepas tu desak kami, suh ingat balik title email tuh. bersusah payah la jugak berhempas pulas mengerah otak nak ingatkan balik. Lama die biarkan kami duduk kat luar. macam hareemm. Last2 die keluar bwk sehelai kertas. Pastu die baca kertas tuh. ohh! itu isi email kami! see? Kau baru nak baca email tuh? oh kakak, adalah perkara sia-sia yg kami lakukan sejak hari selasa lepas rupanya. Beria kami deal, kau cakap mcm2, janji mcm2.. tapi email tu kau baru nak bace? itupun setelah kau perli2 kami, kau kata mcm2 yg kunun-kununnya kau tak terima email tuh? Oh Tuhannn.

Sambil baca isi email tu, sempat die memerli. enough iz enough. aku memang sumpah dah jelik time tuh. ikutkan hati memang nak ajak je Tyra dengan Nadia angkat kaki time tuh. pekena Dominos lagi bagos. Dia bawa kami ke 'arkib'. konon la arkib padahal....pastu die kata,

 "Materials ni semua tak boleh bawa keluar"
aku jawab, " kalau kami nak photostat boleh tak kak?"
die jawab, " Boleh, tapi kat opis ni tak buleh photostat. nak photostat kne kat luar. tapi materials ni memang tak boleh bwk keluar"

lalu die berkata lagi.: " Korang cari lah apa-apa yg patut, akak nak keluar"

JADIII? kesimpulannya? tak boleh copy dah tak boleh bwk keluar. kau duduk lah dlm bilik buruk tu sampai lebam, baca pape yg patut pastu kau simpan baik-baik dalam kepala hotak kau. Kalaupun ade 100 helai bahan yg kau jumpa, kau kne semat dalam hati dan otak. Ye la kan, TAK BOLEH COPY DAN TAK BOLEH BWK KELUAR!

Aku mmg dah tak boleh sabar. lalu Tyra bertanyakan staff yang lain. Kalau-kalau boleh tumpang mesin photostat diorang tuh. Kami bayarlah setiap dakwat tuh. Pasal, nampak elok je mesin photostat tu parking cantek kat pintu opis tuh. Tapi staff tu kata kne mintak permission dr kakak yg handle kiteorang tu dulu. pheww! lubang telinga aku mmg dh berkepul-kepul asap keluar. Lalu dengan tak malu, aku call saudari tersebut, beritahu bahan terlalu byk dan kami kena juga copy. lalu die kata, kami harus tunggu die balik semula ke opis sebab die perlu tgk bahan apa yg kami nak copy. Fine! sejam tunggu die. at last, die panggil kiteorang naik ke opis die. ingat die nak bagi kami tumpang mesin photostat kat opis tuh, sekali....die bagi direction kedai photostat yg ade kat luar dr kawasan opis tuh. Oh Tuhannnn!

Terkedek-kedek la kami bertiga ni mencari kedai tuh. dah la tak familiar langsung dgn kawasan tuh. Sabar je lah. At last, dapat jgk copy. Dah pukul 7 baru dpt pulangkan balik materials tu semua. Tapi, saudari tuh dah balik. macam hareem kann?

Moral of the story, 

Satu, janganlah sesekali korang berperangai macam tu sekali pun kau pegang jawatan besar.  Even kau deal dengan students, tp students ni orang jugak.apa kau fikir, student ni takde hal lain yg nak kena satelkan?

Dua, aku awal-awal dah stereotype. Kalau perangai kau begitu, satu organisasi kau dah terpalit garisan hitam. kau dah bawa imej buruk kepada organisasi kau. Aku dah jadi hilang respek.

Tiga, hormatilah tetamu. Bukan harapkan pizza hut hawaaiian supreme mahupun coconut shake menyambut kami, tapi at least, senyum lah. Mesra lah. Dah jadi macam ni, aku baca misi dan visi organisasi kau pun aku terasa macam nak muntah hijau. Lain benar dengan realtinya.

Empat, susah sangat ke nak cakap maaf? Admit je lah kau tak baca email tu. kami pun faham. kau kan bizi mengalahkan PM. tak mustahil lah kau tak bace email tu. Tapi tak perlu nak perli2. dah silap kau yg tak bkk email tu, pastu nak marah-marah orang.

dan akhir sekali, Semoga kau tak layan orang lain seperti layanan yg kau berikan kat kami semalam. cukuplah kami je yg terima layanan begitu. Jangan bagi orang lain bertanggapan buruk terhadap organisasi kau. kesian yang lain. terpalit nama buruk kerana sikap kau seorang.

Aku sabar. Aku jadikan sikap die sebagai pengajaran terbaik untuk aku. Dalam hati berkata, "semoga aku dijauhkan dari bersikap begitu" aameenn.

No comments:

Post a Comment