Wednesday, October 31, 2012

Kau.

amaran: entry jiwang muntah hijau



Tadi. kau pakai kemeja biru lembut. Aku tak nampak kau. tapi Nadia yang tunjukkan. Ah! rabun agaknya aku. Padahal depan kau aku lalu. Maaf, bukan aku sengaja. Kalau aku tahu berkemeja biru lembut itu kau, dah lama aku tenung lama-lama. 

Nadia panggil nama aku. teriak "shiema!". aku terkejut. Ah Nadia! saja bikin malu aku depan kedai. Depan kau! tapi masa tu aku tak tahu, yang Nadia nak bagi aku sedar, bahawa aku sedang lalu di depan kau. Aku rabunkah?

Aku toleh. sekilas. Tak puas. Aku toleh sekali lagi. Kali ni baru jelas wajah kau. Ah, satu sem aku cari wajah tu. Baru sekarang aku jumpa. Kacak kau dengan kemeja biru lembut tuh. Kau sedikit berisi. bahagia mungkin. tapi kau tak tahu, aku sejuta kali bahagia kat depan kedai tu. Rasa nak jerit saja nama kau. Tapi aku tak gila. Aku tak nak buat gila. sebab aku tahu, kau kenal aku sekali imbas saja. bukan macam aku kenal kau, berimbas-imbas! Lupa nak bagitahu, kau kacak tengah hari tadi.

Kau memang kacak. pada mata aku! tapi di mata kawan-kawan aku, kau biasa-biasa je. Itu aku suka. Biar aku je yang nampak kau kacak.

Kau toleh kat aku. Aku senyum. masa tu aku rasa nak tenung kau lama-lama lagi. tapi lepas kau senyum nipis, kau blah macam tu je. dengan kawan kau yang pakai T-shirt hijau tu. Kau tak pandang aku lama-lama pun. Tapi takpe. Aku curi-curi tenung kau lagi. Tak sangka, kau berpaling sekali lagi. Ahhh! kau dah buat aku tersenyum sampai ke malam ni. Sampai sekarang. 

Nadia kata kau nampak lain sikit. itu aku setuju. Nadia kata mata kita sama. Yang itu aku tak setuju. sebab aku tahu, Nadia saja nak kenakan aku. Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku harus berterima kasih kepada Nadia. Dia celikkan aku dari rabun didepan kedai tadi. 

Cuma nak beritahu, jangan selalu muncul depan aku. Aku tak suka kau nampak aku macam ni. Sekali sekala tak apa, sebab ada masa, aku yg teringin nak nampak kau. Tapi jangan selalu. Jangan selalu muncul depan mata aku, depan pandangan aku, depan kelibat aku. Aku jadi sedih bila kau pandang aku macam orang asing, padahal aku kenal kau lebih dari tahu. Kau tak kenal aku. aku yang kenal kau. bukan silap kau, itu semua silap aku. Jadi jangan selalu tunjuk diri depan aku. walaupun aku suka tengok kau, tapi aku sedih bila kau blah macam tu je. Kau tak kenal aku. itu je. 

Tapi nak beritahu,
kau kacak sangat dengan kemeja tuh. pakai lagi dilain waktu. tapi tolong.. jangan selalu muncul depan aku. walaupun aku suka, ada masa aku rasa kecewa. sebab aku perempuan biasa, yang luar biasanya, bila aku dah nampak kau. itu memang luar biasa gembira.

No comments:

Post a Comment