Tuesday, November 20, 2012

dulu & sekarang

salam.
 
rasa macam dah lama giler tak jenguk belog sendiri. eh3, nak kata die bizi leteeww~ HAHA. mmg bizi pun weh sekarang nih. tapi yang pasti, makan cukup, tido cukup lah. tu sbb badan maintain je gemok comel. hentah bile nak kurus hentah. eiiii! lepas tuh, haritu terkezut zomba bile adik sepupu upload satu gambar kat fb. homaienglishh! haku ke tu weh? siyesly, haku ke? erkk! pejam mata, tarik napas sedalam-dalamnya lalu menghembuskan napas perlahan dan berpijak dibumi yg nyata. hekkk! mmg haku.tapi tu gambar zaman hingusan wehh. i bet, semua orang cenggitu. kecik2 mesti ah comel, dah besar cantik. ##ehh. then, nak tengok gambar tak hingat dunia tu? nah:


cer teka mana haku? HAHA. pitam aku masa tengok gambar nih. me, yg pakai baju kembang semangkuk warne kuning yang berdiri tuh. HAHA. dulu boyish gile. pakai baju kembang segala ni pun, kena paksa sebab kalau korang tengok, cousins aku yang lain mmg selalu dipakaikan kembang-kembangan oleh ibu mereka. aku je yg taknak, pdahal mak mmg semangat gila nak pakaikan aku baju kekembang. pe barang beb?! rambut cenggitu tp pakai baju kembang? tak rockss lah. haha. bukan, aku mmg xsuka baju kembang sikit. i rimasss. nak bermain disana-sini payah. kang kalau tersingkap, berangin aje. tu psl lebih selesa pakai seluar. main ting-ting, galah panjang dgn main lompat getah, pasti tiada halangan. lagi satu, dulu, kau jgn harap lah nak simpan impian nak cecuba rambut panjang-panjang girly-girly ni. mak ai tak suka u! die kasi cut habes. rambut aku maintain cenggitu sampai masuk sekola rendah. maybe mak aku tgk aku serabut sgt kut dgn rambut pjg, so potong pendek! 

lepas tu kan, lepas tu kan, aku ketawa terbahak-bahak tgk muka angah time ni. alahai tomei-tomei-tomeinya. muka cute mcm nak minta penampar aje. erm, meh aku perkenalkan sorang-sorang makhluk Tuhan yg ade dalam gambar nih:

Diri dari kiri: angah, Nur, Diela dan aku
duduk dari kiri: zura & jasmin

aku dengan Jasmin sebaya manakala Diela, Nur dengan Zura sebaya. aku dengan Jasmin lg tua dari budak 3 orang nih. ouh, lupa nak cakap, yg ni sepupu sebelah mak. Dorang panggil aku Along Nurul sampai lah sekarang. i ollss rasa mcm i olss adalah along untuk semua-semua. bkn diorang je, abg2 sepupu dan sepupu yg lebih tua pun panggil aku Along Nurul. sbb kalau sebelah mak, too many Along. haha. kang panggil Along sahaja kang, ramai pulak yg dtg.


ni boleh dikire gambar latest kiteorang. BBQ masa raya aidilfitri harituh. Abaikan muka Paklong yang mcm orang mengantuk disorongkan bantal #ehh. ahaha. sebelah kiri paklong tu aku, sebelah aku adalah Jasmin, sebelah Jasmin yg pakai tudung stripes blue-black tu Nur dan yg buat muncung itik mcm aku tuh adalah Diela. lihat saja perubahannya. perubahan yg paleng dahsyat adalah aku lah! pertambahan berpuluh-puluh kilo tanpa sesiapa pun dapat menandinginya. aiyooo. yg takde dlm gambar ni adalah zura. Budak yg studi kat sabah tuh, ada je time ni, tp die lari jauh2 sbb attire kurang proper. jadi, kita harus hormat! teheee.

Semua dah bekerja. aku je yg masih menuntut. sobs. sobs. sobs. takpe2, tahun depan Insyaallah, dah join kelab diorang.


me & Jasmin. kami sebaya. aku kalau sengih mana tahu kalah. nak menang aje. kau tak nampak, muka aku sikit je lagi mcm kerang busuk? haa.. minah nih dah nak bertunang 15/12 nih. kawen Insyallah Julai tahu depan. Aku malas sikit nak borak2 hal jodoh bagai dengan die ni. Kang die smash aku dengan soalan bertalu-talu. aku haru!erkkk.. pastu suka tanya soalan yg aku sendiri takde jawapan. esok2 aku dah ade jawapan, aku btahu kau ye, Min?! keh2. ouh, saki baki ikan yg dlm dulang tu semua propa je. diorang bab nk mengenakan aku mmg bijak. bab-bab nak menampakkan aku kuat makan mmg pandai. memang pandai sesangat!lalalalala.

itulah kisahnya aku yg dulu kecik macam lidi tapi sekarang dah mcm tuuuutttt! stresss tahu?! sekian, tu je.

No comments:

Post a Comment