Saturday, November 3, 2012

Follower/s

Salam.
Dah masuk 3rd Nov dah pun. sekejap je. Hari makin lama makin perit. tinggal berapa hari je lagi nak masuk disember. lepas disember, january, then final exam, then gonna say bye2 kehidupan seorang pelajar and welcome kehidupan orang sarkastik (alam pekerjaan ataupun pengangguran). mintak2 terus ke alam pekerjaan. impian dah berderet-deret nih. tinggal nak realisasikan aje. Semoga dipermudahkan hendaknya.

berbalik kepada topik entry kali ini. phewww! akak punya pandangan dari tadi telah diganggu. ada encik kacak kat bawah blok aku nih. ni sure tengah tunggu awekss ah ni nak bawak keluar jenjalan. Lambat pulak awek die sampai. kan aku dah buat dosa mata petang ni! oke2, berbalik semula kita kepada tujuan asal.

Follower/s. 
mane kau prefer? de kawan aku pernah cakap cenggini.

"kau promote sikit lah blog kau tu, shiema. aku tengok follower blog kau macam ade takde je."

hermmm. terdiam jap. masa die cakap tu aku sengih je. lantas ku berfikir sejenak. penting ehh followers blog nih? tolong jawabkan. penting ehh?

aku mohon maaf kalau statement aku ade unsur-unsur riak dan takabbur. Masyaallah. tapi ini memang ape yang aku fikir. Bagi aku, bagi aku la kan, dan bukan bagi orang lain. Bagi aku, aku tulis blog ni sekadar suka-suka sebab aku kan insan terpinggir dan kurang kasih sayang. hikkss #tipu. ape yang aku tulis mmg la sesungguhnya tiada kepentingan utk orang lain. blog aku tak best macam blog Hanis Zalikha. blog aku tak mengancam mcm blog Perempuan Jomblo. tak menarik macam blog abang kacak Zackzukhairi tuh. malahan, aku baca entri aku sendiri pun kdg2 terasa nak tido terus. tu kira ok lah terasa nak tidur. belum lagi terasa nak muntah darah. Jadi, apakah kau harap akan ade ramai follower belog boring aku ini? itu sebab aku selalu fikir, tak ramai follower pun takpe sbb belog aku mmg macam hareemm.

Nak suruh aku promote belog yang bohsan ni? aku malu. HAHA. tak layak! tak layak! 

pastu, kat twitter tu ha. ada yang siap berlawan-lawan followers siapa paleng ramai. pastu siap nak jeles-jeles. aduh, tak paham haku. Glamer macam tuh rupanya yang kau cari? tak perlu nak glamer sangat la dik. selagi nama kau tak di sebut dalam Beautiful Nara tuh, maknanya tak cukup glamer lagi la tuh. nak glamer biar cara yg positif la. skor 45 As dalam SPM ke, terjun dari lapisan atmosfera ke bumi ke, dan macam-macam lagi cara-cara positif yang boleh bantu kau jadi glamer. Ramai follower dekat belog/twitter pun belum tentu dpt menjamin ke-glamer-an adik2 semua. kadang2 diorang ni nama je follower, tp bile tengok post kau, kau tak tahu yg sebenarnya deme duk kutuk2 ko. haih, Nauzubillah!

Aku bukan politician pun yg selalu fikir, lagi ramai follower lagi bagus utk kesenangan meraih undi dan pelbagai kesenangan lain. aku insan-insan biasa sahaja. insan comel yang terlebih laughing gas. itu aku tu.

No comments:

Post a Comment