Monday, December 31, 2012

2013

Salam.

Last day in 2012. Semoga Allah rahmati hari-hari yang sudah pergi, juga hari-hari mendatang.

aamin.


sekarang sedang mood final exam. harini 31 Disember, hari terakhir dalam tahun 2012 nih. Tadi juga dah selamat jawab satu paper. harap-harap lepas dengan warna yang berterbangan (passed with flying colours). hurmm. Gila kau melayukan pepatah Ing-ger-ris? yadaa..yadaa.

kat twitter, facebook semua dah update pasal azam tahun baru, wishes for new year, macam-macam lagilah. kat belog-belog pun dah ramai dah blogger yg sudah menggigihkan diri menaip entry bersempena dengan kedatangan tahun baru Masihi ni. termasuklah aku. namun, gigihkah aku? sila teruskan membaca.

2013. tahun kejutan, i guess? bagi aku. tapi aku tak suka kejutan. acane tuh? bila dikenang-kenang balik, berdebar-debar duuhh nak masuk tahun baru ni. tahun dimana aku dah melepaskan tittte 'student' aku. Insyaallah, i'am graduating student. Jadi, tahun 2013 aku akan jadi orang baru. dah tak berada di zon selamat lagi. dah takde dalam lingkungan zon paling selesa. dah takde dalam 'the best profession' yang selalu aku cakap tuh. 2013 tanggungjawab aku semakin bertambah. Matlamat hidup dah sikit-sikit berubah mengikut kehendak masa. Bersediakah aku? berpeluh mak ni, nak! 

Aku tak pernah simpan azam berazam kalau datang tahun baru nih. Jangan ah nak kata pelik, padahal aku rasa biasa je, takde pelik manenye pun lah. aku biasa letak target. by the time umur aku macam ni, aku nak macam ni. bukan utk tahun ni, aku nak macam ni, macam tuh. bukan. huh. scary hoii kalau cerita bab umur nih. i am 23 with single tittle. any problem? letak jauh-jauh pasal impian mahligai perkahwinan or what so ever. siapa tak mahu? Mahu! mahu! (gedik nak mam) tapi aku rase, by the time umur aku 23 ni, masih byk lagi benda yang aku tak dapat. dah 23 tahun hidup atas bumi Allah ni, kufur nikmat lah aku kalau aku katakan aku tak peroleh apa-apa dalam hidup. Alhamdulillah, by the time umur aku 23, aku dah selamat habiskan study. 4 years as a bachelor degree student dah mengajar aku byk benda. sobss. tiba-tiba rasa macam sedih nak tinggalkan UIA.

Tahun depan, umur bertambah lagi 1 angka. 24 duhh! member-member lain dah ramai yang sudah berkeluarga. ade yang anak dah nak masuk 3 dah. what? ! sentap. Perjalanan hidup mereka ditentukan begitu. Perjalanan hidup aku belum tahu. tahun 2013 tahun aku berusaha yang terbaik untuk mengambil alih tugas membantu mak menanggung family. dahulu ditanggung, Insyaallah tahun 2013, aku akan menanggung. Cukup-cukuplah mak bersusah selama 9 tahun menanggung aku dengan adik-adik sorang-sorang. tahun 2013 ni aku nak berusaha keras. kalau boleh, mana-mana impian mak yg tak tercapai dulu, aku nak cuba sempurnakan. kalau pun bukan pada tahun 2013, harap-harap aku masih diberikan kelapangan utk sempurnakan impian mak tahun-tahun yg berikutnya. dan...impian aku jugak! hehe.

Jadi, kan aku dah kata tadi, tahun 2013 tahun kejutan. entah apa yang aku akan jadi lepas aku melepaskan tittle student aku nih. Harap-harap aku jadi orang yang berguna, dan mampu kongsikan sedikit ilmu yg aku ada ni untuk yang lain. whoaa! i am a job hunter after this. siapa mahu hire aku? siapa? angkat tangan sekarang.

see? tahun 2013 adalah tahun gigih aku utk mencari kerja, mencari punca rezeki halal utk membantu apa-apa yang patut. aku sentiasa berdoa, semoga Allah permudahkan urusan aku di dunia, dan diakhirat juga. semoga Allah permudahkan urusan kalian juga!

ouh. cuma untuk tahun 2013 ni, aku ade simpan satu azam. itu bukan azam sebenarnya, tapi tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim sejak aku lahir lagi. semoga aku sentiasa istiqamah. Aamin.

btw, 
Selamat Tahun Baru Masihi, semua :)

No comments:

Post a Comment