Friday, December 14, 2012

lelaki harus tough??

Salam.

Dah lama aku tak update kan? aku sekarang ni pemalas. Kalau kau ade rasa nak ukur tahap kemalasan aku, mmg infiniti ah. tak terbendung! bukak belog sendiri pun selalunya usya updated stories dari blogger lain. bab-bab nak menaip kat entry sendiri, mmg selalunya end up tersimpan dekat draft. Dasar kau Shiema!

Lepas tuh dua hari lepas, ade seorang member aku mintak pendapat aku yang tak berapa nak pro sangat nih. well, sebagai seorang kawan yang baik, aku mendengar cerita die dengan gigih dan tekun. Yela, nak beri pendapat nih, aku kena lah tahu cerita yang sebenar-benarnya. kang silap bagi pendapat kang, lepas tu kawan kau tu spesis yg ikut je pendapat kau, haru aku wehh! kasihan plak die nanti. tak pasal-pasal aku di label aniaya kawan. mentang-mentang kau solo! ehh, xde kena mengena. sila abaikan.

aku klasifikasikan masalah kawan aku ni sebagai kronik jugak lah. sbb ni melibatkan 2 hati, melibatkan urusan masa hadapan dan juga urusan keluarga. intro member aku tu lebih kurang cenggini;

"aku memang suka kat dia. tapi masalahnya sekarang, parents aku tak suka cara dia. bagi parents aku, die tak cukup kriteria-kriteria yang boleh menjaga aku. kau tahu kan die macam mana? jelly sikit. dress up nak K-pop je. lepastu kat twitter ke kat FB tuh, semua yg die buat die nak roger org. dah lah abg aku follow twitter die. aku byk kali gaduh dgn die pun psl benda-benda mcm nih. die takde usaha langsung nak berubah. sekarang ni aku rasa nak ikut cakap parents aku je. Putus asa wehh!"

huh, berat kan? aku pun terdiam jgk dengar cerita die. pakwe die tu pun aku kenal sgt2. memang betul pun apa yg die cakap tuh. bangsa aku, aku malas nak hiraukan org-org yg mcm bangsa pakwe die tu kat twitter/facebook. sbb pada aku, tu hak memasing ah. tapi, kalau kau dah tahu yang one of the followers kau tu bakal abang ipar kau, bukankah kau rasa kau patut behave sedikit? kau nak adik die ni wehh. takkan nak tunjuk yg perangai kau macam tuh? aptb la pakwe member aku tuh. kasihan member aku tuh. sayang-sayang, tapi mak apak tak setuju, acane kan?

jadi ape pendapat korang? adekah lelaki wajib jadi tough supaya bakal mak/apak mertua sayang? hurmm, bagi aku, being tough bukan perkara wajib. tapi....ade tapi ah. lelaki tu kan pelindung wanita?personaliti dan gaya bukan ukuran. tapi kalau dah terang-terangan kau tunjuk sifat ke-tidak-lelakian kau, what would u expect? sekeras-keras perempuan, die masih perlukan lelaki utk melindungi die. itu pasal lah mak/apak member aku tu xsetuju.

huh! ini kes berat. lelaki harus tough? jawapan aku TIDAK. sebab lelaki ni janganlah kau expect die tough2 ala-ala abang body builder ala-ala abg pahrin ke, abg aaron aziz ke! hah, demand gile korang nak berlaki cenggitu. melampau wehh.

tapi,
perempuan ni takde lah rasa yg mcm lelaki ni kena 100% be like a man/macho dan dress up nak formal je bagai. tak-tak. cantik/ kachak ni hal subjektif. kalau kau tny aku pny definisi kacak, mmg takkan samalah dengan definisi kacak si Kina kan? memang lain habes. tapi, perempuan suka lelaki yang nampak protective. dan bukan nampak je, tapi memang protective. Jelly ke, jemah ke, takpe. itu hak masing-masing. tapi kalau pakai mask, pegi buat pedicure/medicure,  pun nak bgtahu sedunia jadi aku akan kata, apekah?! lelaki??? oucchh! -___-' member aku selalu kata. die kadang-kadang segan gk dengan pe'el bf die nih. ye lah, dh aku dgn member aku yg lain pun nampak terang dan jelas pe yg bf die tu post. tapi die kata, malu-malu pun, die sayang. Sikit punya untung la kau Abu (bukan nama sebenar).

Berat! berat wehh. dilema habes kawan aku tuh. bila die cakap je, bf die selalu reply; "biarlah pe orang nak kata. bukan I kacau org pun!" ouh, sakit hati gile kan? orang pny la syg die sampai demam2 fikir mcm mane nak suh mak/apak setuju, die boleh ckp mcm tuh? mana lah tak member aku tu putus asa? usaha datang dr sebelah pihak je. Bak kata kawan aku, die takde mengharap bf die berubah terus. At least, jgn expose too much dkt social networking. itu je! sbb die dah tak larat utk rasa segan dengan abang dan kawan-kawan die.

bila dah kawan aku bkk cerita nih, aku pun apelagi?! mulalah kan sejujurnye beritahu yg selama ni, mmg kiteorang annoying pun dgn bf die. nak unfollow, nampak xbaik wehh. kesudahnya, pasrah je la menengok bf die tuh twitt 180 km/jam. dalam seminit tuh. nak dekat 30 twit die. hebat gile kan? aku takde la nak melarang. sekurang-kurangnya die berperangai mcm tuh kat twitter. ce kalau die buat peangai kat FB??!! pehhh, lagi berbulu mata kau.

Tak wajib jadi tough. tapi harus berperangai seperti seorang lelaki. Awak tu lelaki. sila buat cara lelaki. tak salah pun wehh nak tweet/post mcm2. tapi agak-agaklah. awak dah tahu mak/apak gf awak xsuke cara cmtuh, awak cubalah berubah. Abu~Abu~ yg xboleh blah, bakal abg ipar dah sound terang-terang pun, perangai kau sama lagi. Duuhh. susah!

Nak pegi buat pedicure,medicure, nak pegi buat rambut bagai,  nak pakai mask, nak shopping handbag ke tak salah. yg salahnya, bila kau tak tgk persekitaran kau. benda-benda peribadi tak payah nak expose la wehh. orang bukan suka. org gelakkan! malahan orang kutuk kau! kau tak kasihan dekat Leha? (bukan nama sebenar). lepas tuh, bile org tegur, kau nak cakap: sukahati lah! aku tak menyusahkan kau! itu hak aku! hurm, kalau nak bercerita pasal hak, alamatnya tak kawen la kau dgn si Leha.




#cukup sabar betul si Leha dengan si Abu. sampai kadang-kadang, kiteorang pun tak faham. well, dh bercinta..kentut pun bau wangi.# doakan member aku ni tabah. dan doakan jgk mak/apak member aku ni terbuka hati utk menerima menantu mcm tuh serta doakan jugak supaya bf member aku ni tersedar. Aaminn.

|maaflah. entry kali ni bersifat karangan kefahaman murid tahap 1. ni semua sbb member aku yg nama Leha (bukan nama sebenar) punya pasal. pheww~

No comments:

Post a Comment