Friday, January 11, 2013

sekolah |Part satu

Salam.

#entri ini bakal berpanjangan. aku jamin. malah lebih panjang daripada biasa. jadi, aku simpulkan, entri ini panjang lalu berjela-jela. tabah readers! *poyo! mcm ramai sgt readers*

Dari mana aku nak mula? sebab..aku memang dah terfikir sebelum-sebelum ni lagi. Tamat je final paper, aku nak meng-gigihkan diri menaip satu entri panjang berjela-jela. Siapa terasa nestapa, silakan. HAHA. disebabkan aku ni jenis blogger suam-suam kuku yg kadang-kadang selalu bace entri sendiri *loser*, jadi aku rasa entri begini penting untuk tatapan aku di kemudian hari. (lalu, kauorang pun kata, bile nak start ni? intro kemain berjela!)

ok. *sambil tarik nafas dalam-dalam*. Ahad ni aku nak balik kampung. balik for goods. bukan balik becuti semester atau balik melempiaskan kerinduan pada keluarga dihujung minggu. Kali ni balik sambil hati rasa macam ade pelbagai rasa. Apesal? emo? Emo lah! harus. 1 tahun setengah di matric UIA plus 4 tahun dekat Main Campus, Gombak nih. dulu, sikit punya rasa sengsara nak menunggu sampai ke hujungnye. Rasa macam cepatlah wahai masa berlalu pergi. Lari laju-laju supaya cepat aku lepaskan diri dari keadaan begini. Rasa macam hidup sebagai pelajar tu memang dah sengsara habis dah! tup-tup, dah sampai dah masa yang selama ni aku sikit punya tak sabar menanti. Gila kau! berjaya jugak aku survive hidup kat UIA nih. Alhamduillah.

Aku rasa, better aku buat bullet style. so mudah haku nak baca semula nanti. *shiemaispsycho!*

1| Dulu masa mula-mula masuk UIA (matrics) aku asyik tunggu offer dari maktab je. Cita-cita memang nak jadi cekgu dulu. sekarang cita-cita dah berubah. well, berubah mengikut arus masa. Bila result kemasukan maktab keluar dan aku dengan dukacitanya tidak berjaya melayakkan diri ke maktab, aku pasrah. Aku pasrah bahawa aku harus belajar Bahasa Arab lagi.  Ahh! time tu rasa susahnya nak survive kat uia nih. Bahasa Arab kena belajar ber-level-level. Bahasa Inggeris tak cukup dgn satu level. dah la masuk2 je dah ade test. Nak nagess tahu! End up, Arab aku starting dari Level 1 *padahal dulu sekolah belajar bhs arab* dan Bahasa Inggeris starting dari Level 4. Jadi, bila dah English start level 4, maka kau sudah tahu berapa lama kau harus bertapa di matrix before melayang ke main campus. aku buat matrix satu tahu setengah.

2| Langit tak selalunya indah. Pelangi tak selalunya muncul selepas hujan *aicewaahh*. Aku baru je belajar nak adapt environment Keyy-ell (KL) ni. Baru je nak try sesuaikan diri satu kelas ade budak lelaki *pelik sbb dulu sekolah semua sebangsa dan sejenis.*. Tiba-tiba budak Art Streams kena pindah campus Nilai. memang tak puas hati gila time tuh. Rasa macam teraniaya tahu? betapa budak-budak Art dianak-tirikan. Betapa budak2 sciences dibelai dan dimanjakan. Huh! Nestapa. Lalu pasrah. Ke Nilai semuanya mulakan kehidupan.

3| Nilai campus sucks! itulah ayat yg selalu kiteorang sebut. sumpah teruk gila keadaan. Dugaan wehh. Batch aku ni lah yang pelopor nye. 1st batch yg berjaya menjejakkan kaki kat Nilai tuh. 2 sem kat Nilai, mmg awesome! awesome yang amat. Tapi, selalu pujuk, takpe, senior-senior kata bila dah masuk main campus nnt hidup indah-indah sahaja. okayy, itu mmg aku tak nafikan. hahah.

4| Bulan doblas 2008 masuk main campus. wahhh! serius kagum gilaaa. 4 tahun duduk sini, kalah Hang Tuah bertapa. susah senang, nangis duka lara nestapa semua sebati dah.

Well, meh aku nak banggakan uia sikit. dah aku student uia kan, jadah pe aku nak gembar-gemburkan uitm,upm,usm serta u lain. HAHA. *statement mcm haremm*. okay, ayuh teruskan.

tarik napas.

Aku bangga duduk uia. Bangga jadi warga uia. (pdhal masa awal-awal dulu rase mcm nak lari je sbb x sanggup). Aku selalu fikir, betapa berlikunya jalan aku nanti. Sebab apee? sebabnye, dengar sangat cakap orang! Orang pung pang pung pang kata uia susah. ituu laa..iniii laa. jadi, de-motivated! kau nampak kesan dengar cakap orang? Nampak?Apatah lagi masuk2 je dah kene amek EPT dengan APT! utk languages ah pny hal.Tapi xpe, aku cekalkan jugak hati. Dan sekarang aku nampak keberkesanannya. kenapa uia beria-ria suruh amek English khatamkan sampai level-6! Kenapa uia beria-ria suruh kau menuntut bahasa Arab sampai ke level-6! Paling terkesan, tang belajar bahasa arab la. Andai aku tak teruskan belajar bahasa Arab, ilmu bahasa arab time sekolah dulu mesti aku dah sia-siakan dah. uia dah sediakan peluang untuk aku menuntut. walaupun kadang-kadang mengeluh jugak ahh. uia tak suruh pun budak-budak dia amek other languages macam u lain. contoh mcm amik kelas bhs Perancis laa, Mandrin laa..tapi die suruh kau belajar bahasa arab! kau nak belajar bahasa lain, itu inisiatif sendiri. kelas utk bahasa-bahasa lain ade je. itu pilihan.

lepastu, aku ingat lagi, masa mula-mula jejak kaki kat matrix time taaruf week, punyalah aku peliks dengan bahasa-bahasa yg abangs and kakaks senior ni guna. selalu rase, wehh, apenih? apenih? cakap jangan nak poyo sangat boleh? Lempang kang. Serius aku blur. tergeliat lidah nak membiasakan diri. Sini pakai brothers-and-sisters system.  tak main seniority-juniority ni. payah kau nak jumpa. Ada memang ada. bohong laa takde. macam perfect nau uia nih. lagi satu, semua nak guna bahasa yg aku tak penah guna. Orang lain duk panggil hostel, kolej kediaman bagai. uia tak. mahallah jugak digunapakai. Unik.

Jadual atur sendiri. Part ni memang best. uia tak aturkan jadual students die setiap semester. pilih sendiri yoooww! Kau nak buat berapa kredit hour satu sem? Nak kelas bila? Lecturer mana yang kau nak sebagai pengajar kau? pehhh! the choices is in your hand. Sebelum tutup semester, jadual subjek, nama lecturer yang mengajar subjek tu siap dengan kelas kat mana dan pukul berapa akan keluar. Kau pilih dan atur sendiri. Sebelum semester itu tamat, uia bagi kau register online subjek2 yang kau dah pilih utk next semester. Pilih dan atur. Biasa degree kat uia 4 tahun. tapi dengan adenya sistem ni, siapa yang gigih rajin bijak dan pandai, boleh kumpul banyak-banyak subjek dalam satu sem. jadi, kau boleh pendekkan jangka masa belajar kau. itulah sebabnya ade yg berjaya habes degree 3 tahun je. I tak memenuhi karakter2 yg disebut sebelum ni. jadi, aku student degree 4 tahun. mula-mula jejak kaki kat main camp je, kau dah diberi study plan. Berupa senaskah buku dengan subjek2 yang sepatutnya kau ambil sepanjang kau bergelar pelajar. jadi, berpandukan Study plan tuh, pandai-pandailah kau atur hidup kau. Sape yg rase ade masalah bangun pagi tuh, kau pilih ajelah kelas yg sebelah petang. Best kan?



Tempat jatuh lagikan dikenang. Apatahlagi tempat kau jatuh berkali-kali? *ehh* 





till then,
SAYANG IIUM! 
xoxo

No comments:

Post a Comment