Tuesday, February 5, 2013

penyakit malas

salam.

sekarang aku dah menganggur sepenuh masa. Ingat dah habis belajar senang hati, tp rupa-rupanya, indah khabar dari kenyataan! Duduk rumah goyang kaki, ternak lemak dan jadi bibik tanpa gaji. Tang bibik tanpa gaji tu mmg sejak zaman belajar lagi dah sign job dengan mak. Apa buleh buat? kau kalau anak dara pemalas nak buat kerja rumah, ape tandanya? tandanya kau anak dara pemalas! ehh. *oke, yg ade bibik dibayar gaji kat rumah tu sila abaikan statement aku*

Tapi sejak-sejak dah sign job as penganggur ni, penyakit malas semakin menular tanpa di bendung. Satu, pemalas nak update belog sendiri. Yang ni memang aku tak nafikan. Dahulu time study mmg aku monopoli habes broadband ni. tapi sejak dah bertapa kat rumah ni, broadband dah jadi hak milik bersama dengan adik-adik aku. siap buat schedule siapa nak guna bile. aku kadang-kadang lantak kan aje budak-budak ni main tarik-tarik rambut gaduh nak on9.haha. *tarik rambut memang tipu*. dulu je kecik-kecik gaduh guna taktik physical abuse. dah beso-beso ni, perang mulut je. Jadi, aku pasrah. Mintak collection share-share bayar, memasing kedu pulok! sampai aku pun musykil. siapa yang bekerja, siapa yang menganggur sekarang?? *nanges* sekarang tgh pujuk mak psg wifi kat rumah. haha. 60% sudah berjaya. lagi 40% ni liat betul. xpe, usaha tangga kejayaan :)

Kedua, biasa kalau time cuti sem dulu, aku memang rajin ah baking. Tapi dah nak dekat sebulan aku habes belajar ni ha, baking entah kemana. semangat aje salin resipi, poyo tny org resipi itu resipi ini. Kesudahnya, 1 kek pun tak jadi. Malas kau tak usah cerita ahh. Penyakit malas ni bahaya hoii. Agaknya mak ngn adik-adik aku pun pelik. sampai adik tny aritu, "Long, dah lama tak buat kek. Buatlah sebiji. Ngidam ni" puiii! Ngidam kunun. byk reason aku malas nak baking sekarang. pertama, sebelum ni barang-barang semua aku beli sendiri, budak-budak tu tahu sental je. yang dia tahu, dah siap dan yipiiiee, sedapnya makan. sekarang aku menganggur, duit dalam tgn kena pandai-pandai urus. setakat nak melunaskan perut org yg ngidam, lalu duit ditgn sendiri terbang melayang-layang, itu tidak baguss! haha. sungguh tidak bagus. 

Macam haritu, semua sibuk suruh aku buat spaghetti. Lalu pergilah kedai nak beli barang.baru aku amek Prego, angah dah bulat mata. Gilalah lah mahal! aku amik daging kisar, lalu dia kata, tak letak xboleh ke?! ha, baru kau tahu yg selama ni kau sedap makan itu, ada harga yg perlu kau bayar. haha. so, aku buat announcement kat rumah. siapa teragak nak makan kek ke ape ke, sila beli bahan sendiri. aku tolong buat je buleh. Lepas tu semua diam. Takut duet habes lettewww. aku pun sampai sekarang diamkan diri aje. haha.  kedua, aku mintak oven baru! huhhhh. bile boleh dapat? entah.engkauorang kalau tgk oven aku pun boleh kesat air mata. Lara!

Rutin aku kat rumah simple. Macam mak-mak orang. bezanya takde laki dengan takde anak je. Reti? sepanjang menganggur ni, dah 7 drama Korea aku khatamkan dengan jayanya. tanpa skip part-part yang tak best. TANPA! betapa byknye masa terluang aku. kalau dah bosan sangat, aku pergi taska. tengok budak-budak yang pernah aku jaga dulu. sekarang semua dah besar. Teacher Shiema pun diorang dah tak kenal dah. Mungkin sebab teacher Shiema ni pun dah terlebih kembang, itu pasal bdk2 tu tak cam. Tapi seronok. Diorang still cute. Ahh, rindu nak kerja taska. kalau kat taska tu perlukan pengasuh lagi, dah lama aku keja situ. tapi, xde kerja kosong pulak. kerja aku menyibuk je lah.. hahaha

Eh, aku lupa aku tgh jerang air. Mampus kering air tu kang psl sedap bebenor aku type nih. Adioss! jumpe lagi. 







Tu pun kalau laptop ni x diserang oleh makhluk2 tiga ekor itu. Bye2!

1 comment:

  1. ==================================================
    PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
    Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

    Syarat Kelayakan:
    - Asas komputer & internet
    - Microsoft Office (Words & Excel)
    - Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
    - Komputer/Laptop
    - Akses ke talian internet
    - 18 tahun keatas
    - Boleh bekerja tanpa pengawasan

    Maklumat lanjut layari:
    http://www.jobdirumah.com/adamwong

    ==================================================

    ReplyDelete