Jangan bimbang. Hari ini, sewaktu aku menulis entry ini,
status aku sebagai seorang penganggur terhormat masih belum bertukar lagi. Status
sebagai bini orang? Ouhh, yg itu lambaaattt lagik. Belum sampai masanya. Uhuk uhuk
*batuk kecil dan comel* haha.
Siapa pernah menganggur? Sila angkat tangan.
.
.
.
.
.
.
.
Aku angkat tangan tanpa ragu dan sangsi.
Siapa kata hidup sebagai seorang penganggur ni indah wehh? Hari-hari
kau berperang dengan emosi. Emosi kalau pandai nak stabil takpe. Ini tak,
pantang kalau orang tny bab kerja, mudah sahaja temperature badan nak naik.
Apesal entah. Pastu laju je nak
sentap-sentap. Mak baru cakap sikit dah nak feeling-feeling kecik hati la,
sedih la. Oh! So not me. Tapi title ‘penganggur’ tu bunyi macam nice gila duduk
rumah goyang kaki, tapi kau tak tahu jiwa raga setengah mati berhempas pulas
memikirkan mana nak bawak masa depan nih.
Celik je mata, automatic otak lajut berfikir. Agak-agak
harini ada tak surat sampai rumah ke, ade company call ke, macam-macam lah!
Handphone kau tak usah cerita la. Kalau makcik-makcik orthodox tengok pun,
mesti korang dah jadi bahan umpatan ahli mesyuarat tingkap petang-petang. Mana
taknya, sidai baju kat luar rumah pun akan aku pastikan handphone ada dalam
poket.Punya lah aku risau kalau-kalau ada company mulia nak telefon aku panggil
untuk interview.
Sebabnya aku pernah ter-missed satu call. Menyesal tak sudah
weh. Aku ade 12jam waktu siang, time 20minit yang aku pergi mandi tu jugak lah
yg company tu nak call. 3 kali dia call. Dah aku dalam biik air, usahkan nak
angkat telefon, telefon tu berbunyi pun aku tak dengar. Bermula dari situ, aku
jadikan iktibar. Kalau time gila aku, mandi pun aku bawak handphone dalam bilik
air. Tapi itu aku berani sumpah, aku buat kerja tu 2-3 hari lepas aku x angkat
telefon company tuh. Punyalah aku takut. Sekarang tak lagi. Mungkin aku sudah boleh
terima ketentuan. Kalau dah takde org nak call tu, takde jugak la, shiema hoii.
Hari-hari cek email. Tak cukup kat inbox, kat spam folder
pun aku cek jugak. Email yang ‘Kak Lina’ Jobstreet tu hantar mmg hari-hari la
aku scrolled down. Satu persatu aku tengok. Tak cukup email yahoo, gmail aku pun
aku tengok satu satu. Kat Mudah.my, jobsdb pendek kata, kau ckp je la jenis web
mcm mane pun psl jobs ni semua aku bedal.
Kadang-kadang mengeluh jugak weh. Jangan ikut aku. Sebab Tuhan
tak suka kita mengeluh. Tapi, aku manusia biasa jgk. Hati ni sedikit sebanyak
cemburu tengok kehidupan orang lain. Tengok depa senang je dapat kerja.
Pasaipa?
Pasal... rezeki Allah! Mungkin bukan masa yg sesuai lg untuk
Allah kurniakan aku rezeki sebesar nih. Mungkin usaha aku belum cukup sempurna
lagi atau mungkin jugak aku ada salah silap sesame manusia kat mana-mana sebab
tu Allah holds dulu rezeki aku. Jadi, aku nak mohon maaf pada semua. Andai aku
pernah tersilap samada sedar atau tak sedar yg aku dah buat. Semoga Allah
sama-sama mengurniakan kita rezeki yg diberkati.
image from bing images
sekarang bising lah kau bosan duk rumah, sibuk nak kerja. esok-esok dah kerja, kau sibuk pulak nak duduk rumah. eerrr.. tu normal kan? normal kan?
shiema takde salah ngan aku.., minta maaf juga lau ada salah silap ngan ko ;)
ReplyDelete