Saturday, December 7, 2013

Update Pukal

Salam.

Taadaaa! Mengerti kamu akan maksud pukal? kalau tak faham, baik lah pergi bukak kamus dewan. Aku memang suka benda pukal-pukal nih. Jimat dari segala segi. Jadi, untuk belog yang dh lama amat aku tinggalkan dia usang, maka aku mengambil keputusan untuk meng-update satu dua kes secara pukal/berkelompok. Senang cerita. All in one!

1. Pekerjaan itu satu ujian.
Ini ayat member aku dan aku sangat bersetuju. Bekerja itu amanah berat wehh. Kau makan gaji tapi cuba kau bayangkan kalau gaji yang kau dapat setiap hujung bulan tuh sebenarnya tidak setimpal dengan kerja yang kau lakukan. Boleh jatuh haram! Itu memang aku takut amat. Harap-harap segala rezeki yg aku terima tu berkat. Pekerjaan itu memang satu ujian. Ujian menguji rohani dan jasmani. Fizikal dan mental. 

Jadi, aku terapkan prinsip Jangan Mengeluh. Fikir orang yang bersusah payah mahukan pekerjaan. Aku sungguh beruntung. Tuhan kurniakan aku nikmat berupa pekerjaan kpd aku. Alhamdulillah.

2. 29th IIUM Convocation
Alhamdulillah. Penat lelah selama ini rasanya terbayar saat aku jalan lenggang-kangkung gaya Cik Tipah atas stage amik scroll pada tarikh 17 November 2013 harituh. Macam-macam rasa ade. Kemain ayu lagi naik stage. Senyum kemain cover lagi semata-mata mahu dapatkan pose yg paling menawan dan anggun. Puihh. Last2 gambar muka kite nampak oilyyyyy! Euww, abg cameraman tu tak edit ke gambar kite dulu sebelum print? *cehhh..padahal muka kau mmg dah type-type boleh goreng nugget tempura* yuckks! Angah dengan Mak yang masuk hall. 

Tengah happy-happy dlm hall, boleh pulak time intermission depa pasang lagu Allahyarham Sudirman, Ayah dan Ibu. Aku terus sentap. Eh, lupa nak cakap. sekarang aku memang kuat sentap. Al-maklumlah, gaya hidup dah berubah. Terus teringat arwah ayah. Sedih terus. Sebak. Ayah tak dapat tengok aku convo.

Al-Fatehah.

  *si poyo dan jubah saktinya*

Dibawah adalah antara gambar dari ribuan gambar yang telah diambil sebelum, pada dan selepas hari kejadian. Hantu gambar memang begini lah. 

 *si poyo yg gemuk. semakin gemuk dimasa kini. Makan beras 1st class agaknya*

IIUM in heart.

3. Perkahwinan
Bukan aku.Sepupu-sepupu aku. Coming soon is majlis perkahwinan sepupu kamcing kite. Sedih ahh. Lepas ni takde geng dah. Sadis hidup aku sekarang. Sudah lah jauh dari kawan-kawan baik, sepupu terbaik pula mahu lari tingglkan kite. Sobs. Hahaha. Eh, kan aku dah kata tadi, aku sekarang cepat sentap. Hormon agaknya.

Time wedding Siti K, sepupu aku sebelah mak last week.



Okeh. Itu je. Sekarang nak menaip memrlukan kegigihan extra. Bukan calang-calang gigih yg aku perlukan. Bye!

No comments:

Post a Comment