Saturday, February 11, 2012

itu fakta! semua akan dewasa.


semua akan dewasa. akan tua, dan penghujungnya, sudah pasti akan menemui-Nya. untuk menemui-Nya, bukan kira tua atau muda. bukan kira sudah bersedia atau tidak. erk, permulaan entry sedikit serius.

haha. mmg serius pun. bila dekat Hantu United tiba-tiba berbangkit isu nih. sejarahnya, Hantu United ni tertubuh oleh kami ber-6 which are Faiz, aku, syud, kina, ida and dak mok. but, disebabkan dakmok stay and study Lim Kok Wing, hubungan akrab sahabat dengan dakmok kadang-kadang rase sedikit terbatas. lagi haru, schedule cuti sem kiteorng tak pernahnya nak sama. UIA cuti, LKW study..

alkisahnya, Faiz, da only one hero disamping gadis-gadis semasa nih gonna married soon. sebab dia sudah bertunang. advanced kan kawan aku seorang nih?! memang advance. sampai si gadis-gadis semasa ni selalu dibayangi dengan beribu persoalan. aicehceh. mcm kau howt je paiz! and lately, faiz ade menyebut dekat Hantu United. "korang, next time kite keluar nnt aku nak bawak tunangan aku sekali. banyak kali gak aku fikir nih.." kata si faiz. kami kata 'YA' sahaja. iyalah,

pertama sekali, hny kami yg mengenali siapa tunangan dia. die pernah bercerita psl kami pd tunang die tapi korang pun tahu kan, perempuan ni hal-hal hati leceh sikit. dan kami tak pernah berjumpa secara rasmi dengan tunangannya. kedua, bimbang akan 'awkward' sewaktu perjumpaan kami memang sentiasa menjadi masalah. pernah sekali, bila kiteorng nak keluar, faiz plan untuk bawa sekali tunangannnya. last2 tak jadik. reason faiz, "susah.nanti takut korang janggal. dia malu, korang pun akan malu nanti' yes. time tuh, rasa bersyukur sangat. mujur faiz faham. ketiga, setiap kali kiteorng hangout, kdg-kdg rasa bersalah jugak sebab bawak lari tunang orang. iyalah, tak payah ambil contoh jauh-jauh. cuba bayangkan kteorng kat tempat tunang die, mahu tak rasa cemburu kalau tahu tunang sendiri keluar dengan 4 orang gadis semasa? come on lah beb, perempuan kut! alangkan pakwe makwe jumpe classmate dah perang besar, inikan pula tunang keluar dengan perempuan lain. sekali keluar 4 teruss!!

keempat, setiap kali keluar, mesti kiteorang tny, 'tunang kau tahu tak ni faiz kau keluar dengan kiteorang?' dan faiz akan jawab.."tahu". you know, guys is always be a guys,kan?! bimbang jugak kalau faiz terlintas nak menipu. tapi takpe, kalau Faiz yang kiteorang kenal ni lah, mane mungkin die nak menipu. dialah ustaz. tempat rujuk and ngadu semu benda. mahu cepat botak mamat tuh esok. mana taknya, dapat kawan macam kiteorng nih.

masa mula-mula bgtahu mak yang kiteorng ber5 akrab, mak pun pelik. macam mana lah faiz tuh boleh tahan dengan korang? mak kina pun cakap lebih kurang mak aku jugak. pelik sebab faiz boleh handle mulut murai macam kteorang. mak syud pun pernah cakap, cool giler faiz sebab boleh join trip-trip yang kne bermalam ni. iyalah, kdg-kdg ade sesetengah lelaki ni malu habis kalau tahu die sorng je lelaki. tapi oke lah.. unik ape an? yang penting kiteorng semua tahu batas. dan sentiasa beware yg die juga tunangn orang. hati tunang die pun mahu jaga juga.

ida keluarkan satu soalan cepu cemas waktu semua ade dlm kereta hari tuh. "agk-agak, nanti bila semua dah ade family ..dah kahwin..boleh ke macam ni lagi eh??" yang penting, takde siapa yang menjawab soalan tuh. semua diam. aku tahu, semua berfikir. untuk kami berempat, mungkin tiada masalah. tapi, masa depan kan? siapa yang tahu..dan rasanya sudah sampai masa untuk Faiz kenalkan secara rasmi dan jumpakan kami secara rasmi dengan tunangnya. kenal tak rasmi tuh dah lama dah sejak dulu-dulu lagi. nebes wehh! walaupun tunang si paiz je pun! hahaha. tapi faiz selalu kata, "korang tak payah risau lah. tunang aku macam korang jugak."

never mind. to NurEman Syuahada, hope you'll be a part of us in future. soon, u'll be the other half of Muhammad Faiz and Insyaallah, be the other half of Hantu United. kita kawan pastu kita tinggalkan paiz sorang-sorang. mungkin lepas ni boleh create another alliance? mwahaha. always pray for you guys :)







p/s: teringat idea luar alam syud untuk bag-packers ke Sweden dengan psgn masing-masing in future. haha. sure COOL. LOL xoxo

No comments:

Post a Comment