Saturday, February 11, 2012

penyakit bosan



"Getting bored is not allowed"
-Kay Thompson-


selamat petang semua! hari ni aku lesu. layu dan semangat hilang entah kemana? eh3, mula-mula entry dah -ve. ni semua sebab aku dah terkena penyakit bosan. susah hidupp ni kalau dh kena serang dengan penyakit nih. hidup terdampar macam tiada arah. kesunyian habes lah! 'aduh. apa bisa aku lakukan?' kata acha septriasa dalam hati.


sebenarnya, perasaan bosan tuh diri sendiri yang cipta. atau senang cerita, diri sendiri yang carik pasal. sebabnya, cuba kalau baru nak didatangi simptom-simptom bosan, lalu kau mengambil bahan bacaan tak kiralah yang berbentuk ilmiah atau hiburan dan kau membacanya. makanya, penyakit bosan memang takut nak dekat.
atau, kau tahu, weekend free begini penyakit bosan tuh akan datang kalau kau dudk bilik, lalu kau keluar melakukan aktiviti seperti menonton wayang, window shopping, shopping dll. makanya, penyakit bosan memang takut nak dekat.

tapi, dah kau yang buat pilihan sendiri tak nak keluar, tak nak membaca dan lain-lain lagi ditambah pula dengan kau hidup seorang-seorang di hostel bilamana kawan-kawan kau semua keluar ber-dating, balik kampung, keluar shopping dan kau duduk macam terkena renjatan elektrik kat bilik 4 penjuru putih nih. akulah tu orangnya.

bangun pagi dah menggaru kepala. apalagi lah yang aku nak buat seharian nih. online? sumpah dah bosan. dulu habit aku mmg suka stalk orang. sekrang, bila stalk orang, rasa macam nak terkeluar muntah hijau. maknanya, hobi tuh mmg dah memudaratkan. jadik, aku lupakan. tahap kerajinan dah cuba aku tingkatkan hingga 110%!! baju tak kotor pun, aku assume kotor dan dengan rajinnya, aku basuh. biasa pakai mesin. tapi disebabkan weekend ni aku terkena penyakit nih, jadik aku basuh pakai tangan. sapu bilik setiap setengah jam sekali. pastu aku duduk termenung. dah biasa mulut ni bercakap, tetiba takde teman bercakap, hah!!! sungguh parah aku rasakan.

Running Man dah berkali-kali aku tengok. satu episod tuh sampai 2-3 kali dah. pagi-pagi tadi, dah terkeluar idea luar alam aku nak keluar gi Wangsa Walk. sekali tengok dompet...adoooii!yang ade voucher buku yang berbaki RM100 dengan duet warne merah 5 keping. aisehmennnn..loan plak masuk lambat lagi. betul spoil lah weekend aku kali nih. apsal lah aku derita kebosanan weekend nih?! ottokke????!
nk keluar main badminton pun, dengan siapa aku nak main? cuaca mmg bez kalau dapat hayun bulu tangkis. tapi, sekadar angan-angan je laa..kawan-kawan aku semua takde. arrrrggghh! tolonglah korang. jauhilah diri korang dari terkena penyakit nih.

yang bosan,
hahashiemashiem.

No comments:

Post a Comment