Thursday, February 16, 2012

menjadi seekor burung hantu.


bila aku tengok jam sekarang, tepat-tepat pukul 8:31pm. tp bila tengok jam tangan dah pukul 8:40pm. tapi kalau ikut jam randik aku tak tahu. aku masih bermalas-malasan dalam bilik. orang len dah pegi discussion, dah pegi latihan netball dah pegi keluar cari makan. aku?? mandi pun belum. ooopppss! hahaha. kantoi anak dara belum mandi. lepas solat maghrib, bace yassin, aku bertafakur atas katil. letih harini lain macam betul. tapi mujur esok weekend aku bermula. bertuah betul budak uia nih. weekend sampai 3 hari! tapi kulliyyah aku je laa. tak semua kulliyyah bercuti di hari jumaat.

lately nih aku menghadapi masalah tidur malam. tengok jam dh pukul 1, aku pun dah get ready nak masuk tidur. macam biasa, sumbat telinga dan dengar satu dua lagu. dah rasa betul-betul mahu lelap, baru aku cabut earphone. tapi biasanya dua tiga lagu je aku dah start lalok. eh eh sekarang dah putar 30-40 lagu pun mata aku celik lagi. apsal? tengok jam dah kul 3. tapi tak mahu tidur. apsal??! roomate dah siap mengigau macam-macam. aku stay cool begitu. pastu punyalah sarkas, dah nak dekat pkul 5 baru terasa nak lelap. pastu sembahyang subuh pukul 7.30 sebab tak sedar alarm bunyi bagai nak pecah compartment aku termasuk compartment roomate aku sekali. masalah weh! bukan sehari dua. aku rase dah nak masuk seminggu dah nih. rasa berdosa tahu!!


berdosa sebab subuh dinosaur :( aku kalau boleh, nak hold je mata nih. tapi dah pukul 5 tu nanti, syaitonnirrajim punya bisikan..pehhhh~~ dahsyat! sedar2 bila bunyi pintu bilik gedegannnggggg!!! pastu macam kena renjatan elektrik bangun tegak 90 darjah bila tengok jam dah 7:20 pagi. gila! gila! ermm; sekurang-kurangnya aku sedar. Alhamdulillah, Tuhan masih pinjamkan nyawa.

punca gambar: gooooooooogle la weh!

Tapi tidur malam tadi macam dah oke. sebabnya, aku rasa last aku tengok jam pukul 2.30 walaupun aku dah landing pkul 1 lagi. kira oke la kan dari hari-hari sebelumnya, pukul 5 baru nak lelap.. alhamdulillah. harap-harap pasni takde masalah tidur lagi..takut aku bila baca artikel pasal org-org yang ade penyakit insomnia nih. aku pun ade belajar dulu dalam intro to psychology. . nebes wehh. . aku nak share beberapa tipss ni weh, tips ni pun aku sedang lakukan. sebab aku kan orang yang sedang mengalami masalah sekarang.

#1 Minum susu before tidur. bunyi macam janggal tapi it's really help.
#2 Tak perlu fikir masalah bila nak tidur. time lain kan boleh fikir masalah. tapi untuk aku, waktu landing atas katil tu adalah waktu aku memutar dan berfikir segala hal. bak kata kawan-kawan aku, itulah punca utama masalah aku nih. mungkin lepas ni tak payah fikir masalah. fikir benda-benda manis je. contohnya, bayangkan dapat no phone secret admire! hah! itu mmg mustahil.
#3 berwuduk sebelum tidur.
#4 Doa itu senjata umat Islam. minta dihindari dari godaan syaitonnirrajim.
#5 Jauhi caffeine!!
#6 itu sahaja.

apa-apa pun, kita harus istiqamah :)


hahaha. jadik, malam ni Insyaallah akan pulih masalah ketiduran ku xoxo

No comments:

Post a Comment