Wednesday, April 4, 2012

tips atasi masalah sendiri.

salam.


maaf, semasa entri ini ditulis, pentulis blog sedang beremosi sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. eh2, dasar kau shiema! okeh, malas nak buat intro entry yg panjang lebar ayat kanak-kanak aku yang macam hampeh, jadi aku terus pada agenda sebenar.

few things happened for the passed few weeks sampai lah sekarang. aku sentiasa ingat bahawa, biasa hidup manusia tu punyai masalah. memang biasa sangat. dan aku jugak percaya akan kalimat; sometimes we need problems to make our life better. tapi, sampai ke tahap masalah memuncak ditahap maksima, iman senipis kulit bawang ni memberontak jugak. jadi, begitulah kisahnya akak nak cerita kat adik-adik sekalian. entri ni sebagai pengajaran dan muhasabah buat akak jugak. aiceh!

mulanya, aku tak rasa benda ni masalah. sampai ade rakan-rakan yang menyampaikan. oohh. baru aku sedar ini sebenarnya masalah! oke, nampak tak? masalah pertama aku adalah bila aku gagal mengenalpasti masalah. dan banyak pengajaran aku dapat dari permasalahan ini. berikut adalah antara pengajarannya: (amboi-amboi. kau rasa kau tengah buat karangan ke shiema?)

#1: less conversation definitely will lead to prob. kan dah banyak kali orang-orang motovasi cakap, komunikasi tu amat penting dalam kehidupan seharian. sebab apa penting adik-adik? sebab, bila kurang komunikasi bnyak hal timbul sebagai contoh, salah faham dan tak faham keadaan sebenar. lebih dahsyat, satu dunia kau canang masalah kau dengan si-polan sedangkan, kau tak dengar langsung penjelasan dari die. adilkah?jadi, berkomunikasilah! segala apa yg terbuku di hati, Insyaalah dapat dileraikan.

#2: jangan cepat tantrum. cuba tenteram. lagi baguss kalau kau dapat kawal emosi serta ekspressi muka dan wajah anda yang comel cantik ayu lagi manis tuh. agak-agak orang sekeliling berani tegur tak kalau nampak muka anda serta bibir anda terbalik macam boleh sangkut hanger? tentu tidak bukan? duhai adik-adik sekalian, bijaklah mengawal marah anda. tak perlu pun menunjuk muka dibebani masalah pada umum. agak-agak orang boleh bantu kita ke kalau tunjuk wajah panda demam begitu? tidak bukan?

#3: jangan salahkan orang lain. dan..tak juga terlalu menyalahkan diri sendiri. sama-samalah kita beringat, kita tidak sempurna. bukan sufi,bukan wali. jadi, harus sentiasa muhasabah diri. muhasarawak diri, kau buat tahun depan je.

#4: jangan hebahkan keburukan. kalau rasa boleh lepaskan diri dengan menghebahkan tentang keburukan orang lain, adik-adik silap sama sekali. kita sedang menambah masalah sebenarnya. kita berkongsi masalah dengan orang-orang yang kita percaya. adakah orang yang kita percaya itu ramainya seperti penyokong bola sepak kat stadium bukit jalil? tidak bukan? orang yg kita percaya harus ada dekat dgn kita. tak ramai. tapi bila orang yang tidak sepatutnya juga tahu akan permasalahan anda dengan yg bermasalah, anda sedang melakukan kesilapan. jangan rasa diri boleh jadik tak salah dengan bercerita tentang orang yg anda anggap salah. kalau rasa senang buat begitu, dipersilakan. banyak cakap psl orang tuh, atleast orang tuh dapat tambah pahala..iye dak???!

#5: jangan hipokrit. orang hipokrit ini hidup dia memang tak tenteram. sana sini berlakon. depan belakang jadi pelakon. kalau dapat hadiah nobel ke, akak kagum jugak. tapi bukan nak cakap ape, aku pun bukan nak mengajar korang benda tak baik..tapi, kadang-kadang berlakon ni perlu jugak. tapi harus berwaspada. kalau berlakon buat muka seposen mintak akak belanja donut gula memang akak terima. *eh, tiba-tiba cerita pasal donut*

#6: expecting others to respect your feel? ohnomnomnom! please don't do so. while you're trying to expecting that, orang lain dah selamat mencalar-balarkan serta menghacur-remukkan hati kau. jadi, jangan sekali-sekali perasan ade orang nak jaga hati kau. takut nnti kau stress. expectation kau tak tercapai. bukankah kau yang sedih? jadi, simple je caranya. hormat perasaan orang lain, maka Insyaallah, akan ada orang yang akan hormat perasaan kita.

#7: jangan mengungkit. ha, yang ni paling akak pantang. hahaha. (berhemah sungguh aku kali ini dengan penggunaan kata ganti diri 'akak' itu). kita memberi bukan untuk dibalas. jadi sematkan pada sanubari adik-adik, jangan sekali-sekali mengharapkan pengorbanan kita dibalas. takpe kalau manusia kat dunia ni tak nampak dan sedar. Tuhan kan ada? ape mahu goyang? lagi satu hal, jangan mengungkit. bukankah itu tak ikhlas namanya? Nauzubillah.

#8: kau tak rasa aku patut stop? 'memang pun...' kata engkauorang.


jadi, harus bersama membangunkan negara*eh,pe jadah?*. okeh, jadi, kita haruslah bersama-sama memperbaiki diri. elok kata, elok lah peribadi. elok perangai, elok lah diri. elok rupa, jadi modellah kau nanti. :






sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment