Monday, December 3, 2012

Haji Muda.

Salam.

Ha, jangan ingat Imam Muda je. Haji pun nak muda jugak! tehee. noted! Harini, kelas Methods of Da'wah jalan macam biasa. Ustaz dah balik dari haji dan yeayyy! mood nak belajar subjek ni dtg balik setelah sekian lama ter-pause begitu sahaja. Hari ini punya kelas more kepada sesi warm-up kan hotak-hotak semua jemaah kelas PLUS ustaz membebel sikit pasal bdk kelas tu ghaib time org lain take place ganti  die mengajar subjek tu masa die buat haji. Budak kelas tu pun satu! Nampak sgt pilih bulu. time brother foreigner tu mengajo, buleh kire dgn jari berapa kerat yg datang. tadi bile ustaz masuk, elok pulak semua ade. hissshh! aku tak buat kerja2 memonteng nih. so, terlepas lah dr rasa bersalah. hikss!

ustaz cerita pengalaman die masa buat haji. oh, aku lupa nak beritahu. aku secara individu, mmg mengagumi style ustaz aku. btw, aku panggil die sir. bukan ustaz. oke, kita gunakan kata ganti nama sir sahaja lah ye? kelas die memang tak pernah aku rasa boring. disebabkan subjek ini subjek da'wah. sir selalu guna pakai contoh2 yg simple dan yg paleng penting, sir ni kalau bercakap, rasa mcm nak dengar lagi! nak dengar lagi! haa..cenggitu.

Kata sir, silalah kumpul duit dan pergi haji masa muda. jangan ambil masa lama utk tunaikan kewajipan nih. Allah, sayu rasa hati ni bile sir cerita dan nasihatkan students die. Jadi, aku rasa nak sangat share. Jadi, aku share. harap kita sama-sama manfaatkannya.

1| umur paleng best utk buat haji adalah 35-40 thn
Umur ni ditangan Tuhan. Haji ni bukan kata harini plan, esok boleh pergi. Rancang. dan sebaik-baik rancangan adalah rancangan Allah. kita merancang utk kebaikan, Insyaallah Allah izinkan. umur 35-40 tu adalah umur yg paleng sesuai. kebanyakkan orang, pada umur mcm tuh, keluarga sudah stabil, kewangan sudah stabil dan tubuh badan masih sihat. jadi sangat sesuai utk tunaikan haji. menunaikan haji ni memerlukan kekuatan bkn dr rohaniah je. tapi kekuatan fizikal tu paling-paling penting. amat penting. tak sihat, mcm mana nk rase kemanisan ibadah? sebab bile buat haji, perlukan byk stamina utk berjalan. dan kata sir, di Arafah itu adalah setinggi-tinggi cabaran yg harus ditempuhi. kalau ibadat lain kau boleh mintak org buatkan. tapi kalau di Arafah tuh, sakit bagaimanapun, anda harus ade disitu. Ya Allah, betapa besar nikmat kesihatan yang Tuhan pinjamkan. Jadi, tubuh badan harus sihat. Jadi, boleh dikatakan, umur 35-40 tahun tu paleng ngam lah. tapi, kalau belum mampu nak buat mcm mane kan? Rezeki di tangan Allah. kalaupun lambat mcm mane sekalipun, sentiasalah berdoa dan berniat; semoga kita diberikan kesempatan utk menjejakkan kaki di sana.

2| saving! saving! saving!
Nak pergi masa muda, haruslah menyimpan dari awal. Kalau pakcik makcik kat kampung tu sanggup bergolok-gadai demi ke tanah suci, mengapa tidak kita? kita diberi pilihan utk menyimpan. kalau cerita dulu tu lainlah. susah serba-serbi. sekarang tak lagi. Simpan duit untuk kawen boleh. kenapa simpan duit untuk rukun Islam ni tak boleh? kawen tu benda sunnah sedangkan haji itu ibadah wajib bagi yang mampu. Mampu menyimpan duit utk berkahwin, bermakna kita sebenarnya juga mampu menyimpan duit utk ke tanah suci. Niat kalau dah ada dalam hati tuh, susah mcm mana pun, diusahakan jugak. hermmm. betul jgk kan?Sir kata sebenarnya kita dah boleh start saving dari sekarang. Huh, sungguh terkesan kata-kata sir tadi. terus rasa, ouh, kena menyimpan dari sekarang. kena jugak! sebab ape? sebab nak pergi haji masa muda. masa sedang sehat tubuh badan.

3| bring ur spouse!
sir sungguh benar-benar memaksudkan kata-kata die. nampak wajah sir bersinar-sinar masa cakap pasal nih. Sir sendiri kata, die benar-benar rasa yg bawa pasangan ke tanah suci utk mengerjakan haji bersama itu adalah benda paleng manis. Di situ tempat kite bermuhasabah. betapa selama ini sebagai suami juga sebagai isteri, byk kekurangan dalam menguruskan keluarga. Rasa lebih menghargai bile kita bersama-sama dapat menempuhi cabaran/ujian yg Allah beri semasa di tanah suci. Allahhu Rabbi. mendengar cerita sir je dah terasa tenang, apatahlagi bile kite sendiri yg melalui benda tuh. Subhanallah.

4| Berdoalah!
Berdoalah! dan sentiasa berdoa. semoga kite sentiasa ditetapkan niat dan beristiqamah dalam mengejar cita-cita utk sampai dan jejakkan kaki ke sana. Dan bila dah ade di sana, BERDOALAH! se-tawadhu' yg mungkin semoga urusan kita didunia ini dilancarkan. begitu juga urusan kita di akhirat kelak.

Byk jugak tips2 yg sir share dalam kelas tadi. He's really inspired me! Dalam hati rasa berkobar-kobar dan semangat, semoga aku juga diberi kesempatan utk jejakkan kaki ke sana semasa aku muda.  Semoga aku juga diberi kesempatan utk bawa mak ke sana. Sungguh! semoga Allah perkenankan doa aku dan doa-doa kita yg sungguh ingin sampai ke sana, menjejakkan diri ke Tanah Suci, menyempurnakan rukun Islam dan kewajipan kita. aaminn.





maka, mulalah menyimpan. balik bilik tadi, cepat2 aku tgk buku akaun Tabung Haji. bertambah-tambah semngat aku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, aku dah ade akaun tabung haji. anda? bila lagi?. hehehhh.

No comments:

Post a Comment